Saturday, 30 June 2018

SENJA DI TTDI JAYA

SENJA DI KUALA LUMPUR - lagu Broery Marantika tidak sama dengan lagu SENJA DI TTDI JAYA  walaupun kita menyanyi dengan sekuat hati di atas jambatan biru mengadap rumah Tuan Haji Abdul Jabar - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya Baru ini. 

Apa pun beberapa bahagian lokasi di taman ini sememangnya cantik & indah. 

Yang tak buat cantik ialah segelintir penduduk yang suka membuang sampah merata, buang perabut lama, tidak bayar duit sekuriti & parking kereta bersepah. 

Yang lain - kira ok la. 

JUAL PETAI & JUAL MEMPELAM




MASJID ALITISAM merupakan tempat menunaikan Solat Jumaat yang digemari ramai. Parking mudah, anak kariahnya ramah serta mesra rakyat. 

Di hadapan Masjid Alitisam pula adalah tempat yang boleh mencari rezeki.  Tidak mudah berbuat demikian pada masjid-masjid yang berdekatan dengan kita seperti Masjid DiRaja Bukit Jelutong, Masjid TUDM , Masjid An-Nur Glenmarie atau Masjid Naza di seksyen 13. 


Disini peniaga boleh "blend in " dengan suasana sekeliling. Jika ada penguatkuasa masih boleh rundingcara atau budibicara. 

Petai dijual dengan harga RM6.00 seikat dan harga menjadi RM10 untuk dua ikat. Petai sudah macam harga buah kurma Ajwa atau mungkin mahal lagi. Petai mampu mengurangkan kadar gula dalam badan serta mengharumkan tandas dirumah. Kena flush la...bukan biar macam itu.

Buah mempelam sunggoh segar - namun kepada yang menjaga paras gula - ini adalah antara buah buahan yang di larang. Tengok ambil bau sahaja. Lebih berkat & lebih sihat. 



End of story. 
 

HAJI DELI - PENIAGA SAUJANA INDAH BANTU CARI DANA MASJID



HAJI DELI BIN OTHMAN - 61 tahun , dari Kuang Selangor,  Peniaga Pasar Mingguan Saujana Indah sedang menyampaikan sumbangan peribadi termasuk sumbangan kutipan mingguan beliau ditapak niaga Pasar Mingguan hari Jumaat. 

"Hampir setiap minggu saya akan menyuruh anak saya menyampaikan kutipan serta sumbangan saya ini kepada Masjid dihadapan sana " kata Haji Deli sambil menunjukan arah masjid alitisam kita. 

"Adakalanya anak saya memberi kepada Ustaz yang tinggi itu ( Ustaz Syahidee ) adakalanya anak saya masukan kedalam tabung masjid hasil kutipan dan sumbangan kami " katanya dengan bersunggoh sunggoh.  

Wajahnya begitu ceria menerima kunjungan saya serta mempelawa saya minum jualan beliau pada hari itu. 

"Saya berdoa agar dipermudahkan urusan tuan dalam membina rumah allah ini " ujar beliau. "Insyallah pada masa masa akan datang saya cuba bantu lagi "katanya dalam sesi perbualan ringkas. 

Semuga Allah swt beri kesihatan yang baik pada Haji Deli Bin Othman dan murahkan rezeki perniagaan beliau sekeluarga. Insyallah. Amiin. 












End of story.  


If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.