Saturday 28 July 2018


TAHNIAH HAJI ROSLI & HAJAH  RAMLAH kerana menerima menantu perempuan. Makan sedp. Decoration mengalahkan hotel lima bintang. Pelayan catering peramah. Juadah beranika jenis. Cuaca pula redup. Kunjunganpun ramai. Deejay pun hebat. Apa lagi yang tidak kena. Semua indah belaka. Cuma gambar pengantin tak sempat ambil - dik kerana sibuk melayan tetamu serta kenalan. 


BILA DUA DATO MAKAN SAMA MEJA -  bersahaja cerita semasa. Dato Hamzah & Dato Baha sentiasa ceria dan bersahaja menghadiri majlis.



DURIAN MENYERANG TAMAN KITA







DALAM masa seminggu berbagai-bagai jenis lori, pick-up, kereta, motosikal dan sebagainya datang masuk taman kita jual Durian. 

Durian sedang murah ketika ini. Selonggok RM2.00 pun ada jual di Pasar Malam Saujana Indah - tetapi itu standard Bangla makan lah. 

Mereka suka beli yang murah - maka itulah budget mereka. 

Brhati-hati bila membeli. Kita bukan pakar Durian. Yang penjual jenis Musang pun banyak. Kata Musang King tetapi lain. Timbang pun lain jadinya. 

Maka masa inilah mereka raih keuntungan yang tinggi. Pada yang diabetik - lagi kena berhati -hati. 

Salam Durian. 



Tuesday 17 July 2018

MASJID AL-ITISAM SUDAH ADA QRPAY DARI MAYBANK



UNTUK MENDAPAT PAHALA YANG LUMAYAN - dan saudara mahu menderma kepada Dana Pembesaran Masjid Al-Itisam , kini sunggoh mudah. 

Sila guna QRPAY - mudah, selamat & efektif. Sumbangan anda terus ke 

DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM 
MAYBANK : 5624-7813-0016

Fasa 3&4 sudah akan bermula. 





Monday 16 July 2018

AL-KISAH DURIAN DI TAMAN KITA

HARGA 80 SEN SELONGGOK - itu dulu la. masa tu Ninda kamu masih anak dara. Cerita lama . Dulu mana ada clone D101, D99, D24 dan bagai. Dulu bawa pakai raga dan pikul sendiri. 

DURIAN KINI DAH MODEN - ZAMAN ALAF BARU - Datang dengan Pick-Up. Pok Li jadi Chief-De-Mission. Barisan depan sekali. Belanja lah dia. Dia bukan makan banyak pun. Seulas jer untuk setiap biji spesis. 


KITA DOAKAN HANYA YANG TERBAIK SAHAJA - jika pick-up ini terbalik. Kurang pasti samada kita tolong pemandu atau tolong alihkan Buah Durian demi keselamatan jalan-raya. 

PAYAH MENERIMA HAKIKAT - Ubat yang terbaik untuk Kencing Manis. 








LARANGAN UNTUK ANDA PENGEMAR DURIAN TEGAR.

Sila baca ini. 

Friday 13 July 2018

TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID DI SURAU AL-HIDAYAH


















TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID DI SURAU AL-HIDAYAH PANGSAPURI SRI MELEWAR - penuh sokongan padu. 

Thursday 12 July 2018

JEMPUTAN TAKLIMAT - SURAU AL-HIDAYAH PANGSAPURI SRI MELEWAR



HARI INI 28HB SYAWAL 1439 HIJRAH BERSAMAAN 12HB JULAI 2018 - Masih lagi ada bulan untuk Berhari Raya. 

Untuk taklimat esok di Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Melewar - sesi 3/2018  bolehlah pakai Baju Melayu siap dengan sampin dari Trengganu ( Jangan yang beli dari Semua House yang buatan India buat pakai mesin ) 

Dengan bergaya baju baru Raya - maka taklimat kita mengenai status update Pembesaran Masjid Al-I`tisam akan bersemangat dan berkobar-kobar. Semua nampak cantik. 

Taklimat akan bermula selepas Solat Isya dan selepas Taklimat ada sedikit jamuan makan. 

Kita bersilaturahim pada masa ini. 

Penduduk Pangsapuri Sri Melewar sememangnya baik budi dan ramah mesra . Kita tidak rasa asing bila bersama mereka. 

Jemputlah hadir. 

Untuk urusan pertanyaan - 
Sila whatsapp pada talian 

0 1 9 - 5 5 2 6 7 9 9. 

Tinggalkan nama & pesanan. 










If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

Wednesday 11 July 2018

BULLETIN SAHAFA AL-I`TISAM - BULAN OGOS NANTI


NANTIKAN KELUARAN BILANGAN 05/2018 Bulletin Sahafa Al-I`tisam yang akan diedarkan pada awal bulan Ogos 2018 nanti. 

Bulletin Sahafa Al-I`tisam pada keluaran kelima ini mengupas perjalanan pembangunan pembesaran Masjid yang bermula sejak bulan Oktober 2015. 

Dengan berbekalkan sedikit dana namun semangat yang kuat dan padu serta strategi yang tersusun - kita dapat lihat hasil pembangunan kini. 

Semuanya ada didalam Bulletin Keluaran Bilangan 05/2018 ini. 


Tuesday 10 July 2018

NASI LEMAK PANAS SEDAP


BERHADAPAN DENGAN PANGSAPURI JAYA - dekat station minyak Shell, inilah Nasi Lemak Bungkus terbaik di TTDI Jaya.

Jika anda makan sebungkus sahaja anda akan mahu makan sebungkus lagi. Bila anda makan satu lagi bungkus menjadikan TIGA bungkus , maka anda akan mahu sebungkus lagi menjadikan ianya empat bungkus. 

Maka itulah bisikan Syaitan Iblis. Cukuplah dua bungkus. Bawa bertenang. Jangan buat lawak. 

Monday 9 July 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI MASJID AL-ITISAM SUNGGOH MERIAH



















SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI MASJID AL-I`TISAM SUNGGOH MERIAH. Pada 7hb Julai bertempat di Dataran Alitisam pihak Masjid telah mengadakan satu majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. 

Hampir 700 orang dari pelbagai bangsa hadir bagi memeriahkan majlis ini yang mendapat sambutan yang hangat. 

Duit raya juga disampaikan kepada anak-anak serta asnaf. 






End of Story 

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.