RUMAH LELONGAN DARI BANK. Langit tidak selalu cerah. Adakala mendung. Kita hanya mampu merancang, segalanya telah diatur olehNYA. Papan tanda Bank Lelong ini merata di kawasan taman dan juga dijalan utama - Jalan Monfort. Iklan di atas ialah rumah di Mayang Sakeenah. Ada juga Bank Lelong rumah 2 1/2 tingkat di Mayang Sutera dengan harga RM1.5 juta - harga rezab. Untuk mendapat rumah lelongan ini, saudara kena bijak. Banyak toyol tua yang akan mengusik diri saudara. Toyol tua yang selalunya mata sepet ini akan membida rumah yang saudara nak bila. Bukan nak bida pun, saja nak mengusik. Tetiba muncul seekor mambang tanah yang akan berbisik kepada anda bahawa ada beberapa ekor toyol tua mahu akan rumah itu dan rumah itu akan jadi mahal bila toyol tua itu masuk campur dalam bidaan lelongan bank itu. Mambang tanah ini boleh menghalau toyol-toyol tua ini dengan sedikit pengeras. Maka saudara pun tertipu dengan sandiwara di pentas lelongan. Inilah cara sindiket toyol tua & mambang tanah beroperasi. Lelongan bank seperti ini perlu pemahaman yang dalam serta mata yang tajam akan keadaan sekeliling. Banyak perkara yang hendak di amati sebelum anda berkenan pada rumah ini. Prosedur yang terbaik, cuba dapatkan maklumat dari bank dan buat direct nego. Cara ini dapat memintas segala kemungkinan oportunis. Selamat mencuba. ())()()()()() |
Friday, 22 January 2016
BANK LELONG
Subscribe to:
Posts (Atom)