Sunday, 3 January 2016

SUDAHKAH ANDA MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM ?

Lakaran lukisan perspektif untuk kerja-kerja menaiktaraf Masjid Al-Itisam TTDI Jaya Shah Alam Selangor.  

Masjid Al-Itisam yang terletak di atas lot 34719 yang berkeluasan tiga ekar telah dibina pada tahun 1995.  Masjid ini  pada masa kini sudah tidak mampu menampung anak kariah TTDI Jaya dengan selesa untuk tujuan amal ibadat, pusat dakwah dan kebajikan untuk anak kariah TTDI Jaya  Shah Alam. 



Masjid Al-Itisam sentiasa mesra kepada anak kariah serta menarik minat ramai untuk menimba ilmu pada program-program dakwah yang dijalankan pada setiap minggu.


Visual lakaran menaik taraf Masjid Al-I`tisam TTDI Jaya Shah Alam.

Lakaran pintu utama Masjid Al-Itisam .
FAKTA:

Nombor Kelulusan Bangunan 

MBSA/BGN/BB/600-1(PS)SEK.U2/0196-2013

NOMBOR KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG 
MBSA/PRG/KP/600-3/SEK.U2/0115/2011
MBSA/OSC/KM(DO)/SEK.U2/0057/2011(3)

Nama akaun sumbangan 
Dana Kompleks Islam Al-Itizam 
Maybank : 5624-7813-0016
Bank Islam Malaysia Berhad - 1203-8010-1086-47


KERJA-KERJA MENAIK-TARAF FASA 1
Kerja kerja menaiktaraf fasa satu sedang giat dijalankan secara teratur memenuhi piawaian yang ditetapkan. Jawatankuaasa khas telah ditubuhkan untuk memastikan segala gerak kerja secara fisikal, kutipan dana pembesaran masjid, komunikasi maklumat  serta perkara yang berkaitan akan dapat dilaksanaakan dengan penuh amanah, telus serta dedikasi. 


Kita perlukan SUKARELAWAN yang mampu membantu secara jujur, ikhlas dan beramanah didalam membantu mencari Dana menaiktaraf Masjid Al`Itisam ini. 

Pihak jawatankuasa memerlukan anggaran RM6 juta ( Ringgit Malaysia : Enaam Juta ) bagi melaksanakan program pembesaran untuk Fasa 1. 

Bebarapa aktiviti bagi menjana dana ini sedang dirancang bagi memupuk semangat ownership kepada semua anak kariah serta padaa para dermawan bagi menjayakan projek diatas. 

Tanggong-jawab pembangunan pembesaran masjid ini bukan terletak pada tanggong-jawab pegawai dan jawataankuasa masjid - ianya adalah tanggong-jawab bersama secara berkumpulan atau individu. 

Saudara dan saudari sekelian mampu membantu secara material, secara lisan, secara fizikal dan sebagainyaa. 

Satu budaya kerjasama "teamwork" hendaklah di pupuk di kalangan generasi baru dan muda untuk menjayakan projek diatas. Kita mampu melaksanakan projek ini dengan jaya. 


" Sedekah itu akan memadaamkan kesalahaan ( dosa kecil )sebagaimana air memadam api " HADIS RIWAYAAT MUSLIM - AT-TIRMIDZI, MALIK & AD-DARIMI.

Maklumbalas amat dihargai. Email kepada adinoor@yahoo.com - Terima kasih

No comments: