Sunday 14 August 2016

LAWATAN PERSATUAN PENDUDUK DENGAN JPS BERJAYA




Pada 11hb Ogos 2016 - Persatuan Penduduk TTDI Jaya (Baru) PP-TTDIJAYA SHAH ALAM yang di ketuai oleh Tuan Haji Abdul Jabar Kassim selaku Pengerusi PP-TTDIJAYA bersama dengan Tuan Haji Zakaria Marican dan Yang Berbahagia Dato Baharanudin Che Zain telah mengatur lawatan kerja bagi susulan kerja-kerja menangani masalah banjir di taman kita ini. 

Laporan ringkas mengenai perjumpaan bersama Tuan Jurutera Daerah JPS Petaling pada hari yang berbahagia dan penuh makna itu diringkaskan seperti berikut :- 

Tuan Jurutera Daerah JPS memaklumkan mengenai perkara2 seperti dinyatakan dibawah. 

1) Kontrak mendalam dan melebar Sg Damansara antara Tmn Saujana hingga Seksyen 25 Shah Alam ( sepanjang 5 Km) telah siap pada Julai 2016. 

Kontrak bernilai RM 14 juta dari peruntukan Kerajaan Persekutuan.

2) JPS Daerah Petaling masih menunggu kelulusan dari Ibu Pejabat JPS Kuala Lumpur bagi tujuan memanggil sebut harga kerja2 pembaikan tembok penahan banjir TTDI Jaya/Flap gates (Tide valves - injap pasang). 

Sebut harga akan di panggil sebaik sahaja kelulusan di terima.

3) JPS Daerah Petaling masih berurusan dengan MBSA dan pihak pemaju untuk menentukan pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan operasi dan penyenggaraan kolam tadahan di kawasan Mayang Petron.