|
KOLAM TADAHAN AIR - SAUJANA INDAH. Jam 7.36 pagi. Hari ini saya berhasrat untuk memburung @ Birding di kawasan kolam Tadahan Air ini. |
|
KOLAM TADAHAN SAUJANA INDAH ini merupakan satu kawasan yang menawarkan habitat semula jadi untuk burung-burung mencari makan. Kolam ini juga bersebelahan dengan sungai maka eko-sistem pemakanan cukup sempurna.
Disini terdapat banyak ikan, katak, ular, serangga dan pelbagai haiwan yang mampu menjadi makanan untuk burung burung |
|
Burung Bangau Kecil @ Little Egret nama saintifiknya Egretta Garzettajuga terdapat sekelompok disini. Seronok sekali melihat mereka mencari makan. Ini merupakan spesis burung Pucong. |
|
Burung Bangau Paya atau Burung
Pucung Serandau atau dalam Bahasa Londonnya Purple Heron atau nama
saintifiknya Ardea Purpurea.
Burung ini adalah burung yang terkawal. Jika ingin menginap di Sg Buloh,
bolehlah anda cuba menangkapnya.
Burung
ini mudah takut dan anda perlu ada kamera yang mempunyai lensa sekurang-kurangnya
300mm bukan mengunakan camera dari talifon bimbit Nokia 3310 anda.
|
|
Burung Bangau Kecil @ Little Egret nama saintifiknya Egretta Garzetta ialah sejenis burung pucung kecil yang berwarna putih.
|
|
Burung Pucung Keladi atau Pucung-Bakau Biasa Bahasa London "Striated Heron" Bahasa saintifiknya Butorides Striata (Siapalah yang nak ingat nama saintifik ini ) sedang mengintip mangsa.
Burung ini memerlukan pemerhatian yang cekap dan tepat. Spesis ini pandai menyorok dicelahan rumput-rumput yang tebal.
|
|
TIONG HITAM - Bahasa jawa Jalak Kerbau / Bahasa sainstifik Acridotheres Javanicus pun turut merayakan Hari Kemerdekaan . |
|
SEKAWAN BURUNG MERPATI LIAR - sekawan burung merpati pun turut sama di kawasan tadahan air ini. |
|
White Breasted Kingfisher - BURUNG PEKAKA BELUKAR @ Halcyon Smyrnensis. |
|
White Breasted Kingfisher - BURUNG PEKAKA BELUKAR @ Halcyon Smyrnensis - untuk mengambil gambar burung sebegini, kita perlu fahami habitat sekeliling. Burung Pekaka Belukar mempunyai ciri-ciri dada yang berwarna putih. Pemakanan burung ini meliputi ikan, katak, serangga, tikus, mamalia kecil dan siput.
Burung ini akan mudah lari jika terdapat tanda-tanda bahaya. Untuk mengambil gambar sebegini jarak perlu jauh dan sekurang-kurangnya 200 mm lensa untuk keselesaan. |
|
ORANG JAUH DATANG MEMANCING DISINI - kita tidak sedar bahawa lokasi ini adalah tempat orang datang memancing hampir setiap hari. |
|
Menanti nasib pada umpan - seorang lagi pemancing ikan. |
|
AWAS ANJING LIAR - sekumpulan anjing liar menjadi penjaga lokasi tempat ini. |
|
PENUNGGU SETIA - menanti anda menceroboh masuk. |
|
BURUNG BURUNG BESI berterbangan untuk ke Putrajaya agakny untuk pereyaan Merdeka Ulangtahun yang ke 61. |
FORMASI KAPAL TERBANG yang berlepas dari Pengkalan TUDM pada awal pagi Jumaat sekitar jam 8.15 pagi. Dipercayai laluan ke Putrajaya untuk acara Sambutan Hari Kebangsaan 31hb Ogos 2018 - Ulang tahun yang ke 61. MERDEKA!