Monday 6 February 2017

PELANCARAN INFAQ RM10 SEHARI DAPAT SAMBUTAN MERIAH





INFAQ RM 10 SEHARI akan dapat menjanakan dana untuk pembangunan Masjid Al-Itisam. 

" Melalui program Infaq RM10 sehari untuk tahun 2017 sebanyak sasaran 3000 orang peserta , Insya-Allah kita akan dapat menjanakan sebanyak hampir RM10 juta " kata IR Abdul Karim Nazir Masjid Al-Itisam di program Kepimpinan Jati Diri Masjid Al-I`tisam di Ulu Langat baru-baru ini. 

" Saya berharap ramai diantara kita akan dapat membantu dengan menyertai program INFAQ RM10 sehari ini serta dapat juga membantu mencari saudara-mara serta rakan taulan untuk sama-sama menyertai skim ini . Melalui networking ini kita akan dapat memperkasakan tabung dana pembesaran masjid " tambah beliau. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :- 

1. Tuan Arpi - 019-3544402 ( Setiausaha )
2. Haji Raman - 011-2704 0394 ( Bendahari )
3. Encik Gafur - 018-611 4457 ( Urusetia )





AERIAL VIEW VIA PHANTOM DRONE as at 3rd February 2017


Gambar ini dirakam pada 3hb Februari 2017 pada sekitar jam 11.15 pagi. 







PEJAM-CELIK PEJAM CELIK PEJAM CELIK sudah masuk tahun 2017 dalam bulan Februari. Ini adalah perkembangan yang jelas dan nyata mengenai pembangunan yang pesat Masjid Al-Itisam. Gambarajah Fasa 2 yang hanya tinggal kemasan dalaman serta pendawaian elektrik.


Perancangan yang seterusnya ialah membina Fasa 1B Masjid Utama. 

Pelbagai rancangan mencari dana sedang diatur bagi mendapatkan RM10 juta untuk tindakan seterusnya .

Sumbangan dari anda amat dialu-alukan.


Dana Kompleks Islam Al-I`tisam 
Maybank : 5624-7813-0016

KEMASKINI STRATEGI & RETREAT UNTUK 2017 - 2018 MASJID AL-ITISAM

IR ABDUL KARIM - NAZIR MASJID AL-ITISAM sedang mengulong beberapa fakta utama strategi bagi memantapkan gerakerja Masjid Al-Itisam sessi tahun 2017-2018.

Kemaskini strategi & retreat ini telah diadakan pada 4hb-5hb Februari 2017 bertempat di Ulu Langat Selangor. 

SAUDARA KAMAR - sedang berkongsi strategi bersama mengenai KPI Lajnah Dakwah Masjid serta didengan dengan teliti oleh semua peserta. 


FOKUS & TEKUN pada sessi perbentangan maklumat. 



KEKUATAN MUSLIMAH 





TUAN HAJI ABDUL KHAMIS - Timbalan Nazir sedang berkongsi maklumat yang penting mengenai tenaga kerja.

FOKUS akan gerak kerja teliti dengan displin yang tinggi. 

TERTIP & BERWAWASAN - gambar kerja berkumpulan disebuah resort di Ulu Langat Selangor. 

GAMBAR KENANGAN BERSAMA - free style. 

Lepas Geram selepas berkurung dua hari dalam bilik seminar.