Tuesday 27 September 2016

BANGLA MAIN KRIKET DIPADANG KITA - SUNGGOH HEBAT












SETIAP HARI AHAD DI PADANG BOLASEPAK TAMAN KITA * berhampiran dengan kolam takongan kita akan dapat melihat warga Bangladesh memenuhi padang permainan ini dengan bermaik Kriket. 

Kriket merupakan permainan utama mereka maka tidak hairan mutu permainan yang dipamirkan adalah setaraf permainan antarabangsa. Pakistan, India, Bangladesh, England merupakan gergasi Kriket dunia. 

Malangnya Malaysia tidak tersenarai dalam liga elit ini. 

Masalahnya kita yang tidak faham apa yang mereka menjerit ditengah padang. 

Namun demikian kita boleh enjoy permainan percuma yang dipamirkan. 

SMK TTDI JAYA BERJAYA KUTIP RM123,000 DANA SEKOLAH

KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN :  Glamour seketika apabila acara sekolah disiarkan dalam mainstream akhbar. 

CUACA YANG BAIK UNTUK BERGEMBIRA : Tidak menghiraukan keadaan sekeliling, adik ini amat bergembira bermain belon bersama keluarga pada hari santai di SMK TTDi Jaya Shah Alam. 

GEMBIRA BERSAMA SATAY-SATAY PANAS  : Mungkin ada sesuatu yang melucukan sambil membakar satay. 


NOOR JANNAH BT ABU HANIFAH dari SMK Seksyen 17 mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Suara yang merdu, lantang, jelas serta penafasan yang baik mempersonakan ramai penonton dengan sorakan selepas mendendangkan sebuah lagu. 

YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATUK SERI UTAMA HAJI MOHD ISA B. DATO HAJI ABDUL SAMAD - Pengerusi FELDA merangkap Ahli Parlimen Jempol Negeri Sembilan merupakan VVIP UTAMA pada majlis ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000.00 kepada SMK TTDI Jaya . 

YANG BERBAHAGIA DATIN FAZLEEN IDOURA BINTI OTHMAN - Naib Yang Di Pertua PIBG SMK TTDI JAYA Shah Alam  " PIBG SMK TTDI Jaya sentiasa berusaha mencari inisiatif-inisiatif baru dalam membantu pihak sekolah melengkapkan prasarana sekolah seperti penutupan longkang, kerosakan seperti bumbung sekolah, kerusi murid, laluan bumbung murid bagi mengelakan murid basah dan lain lain. Ini bertujuan untuk anak didik sekolah ini boleh menikmati suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Usaha ini bertepatan dengan saranan yang ingin dizahirkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM) dalam Anjakan ke-9 iaitu penglibatan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta secara meluas ".
YANG BERUSAHA DATO TAMRIN GHAFFAR .  
Dari kiri : Yang Berusaha Tuan Haji Azahar Nor Arifin bin Ahmad - Pengetua SMK TTDI Jaya, Yang Berbahagia Datuk Mohd Hafarizam bin Harun Penanung kepada Projek Telenthon dan Dato Tamrin Ghafar.






SELFIE BERSAMA RAKAN-RAKAN . 

Gerai minuman terbaik dipamirkan. 


Fresh air Kelapa Laut.