Friday 12 August 2016

AWAN BIRU BENDERA BERKIBAR MEGAH










AWAN BIRU & JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH menemani pekerja menyiapkan tingkat tiga bangunan pentadbiran Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam Taman TTDI Jaya pada pagi cemerlang 11hb Ogos 2016 bulan kemerdekaan. 

Semalam cuaca agak mendung yang tidak menampakan awan biru jesteru sessi photographi agak muram durjana. 

Hari ini cuaca bersinar terang meriah dengan awan biru dan sang suria tersenyum girang. 


Nota: 
Gambar dirakam pada 11hb Ogos 2016.

LEMBU HANDSOME & PERKASA






JAWATANKUASA IBADAH QURBAN & AQIQAH 2016 telah mengumumkan sebanyak 10 ekor lembu telah penuh penyertaan dari anak kariah kita untuk ibadah qurban di Masjid Al-I`tisam Taman TTDI Jaya pada Hari Raya Aidil Adha nanti. 

Pemilihan & pembelian lembu-lembu telah dijalankan dengan teliti yang diketuai oleh Ustaz Syaheede.  

Beliau telah memantau dan memilih lembu-lembu yang sesuai untuk ditempah serta memastikan lembu-lembu yang ditempah tiba pada hari program dan diturunkan dari lori. 

Lembu-lembu yang telah ditempah telah ditanda dengan penanda khas agar tidak timbul kekeliruan dalam proses penghantaran. 

Gambar diatas adalah lembu-lembu yang dipilih secara bijaksana dan memenuhi piawaian pihak Ahli Jawatankuasa khas yang berpengalaman mengendalikan ibadah qurban ini. 


Ibadah Qurban sebaiknya dilakukan setiap tahun ( Rujuk Surah Alkauthar ) 

Untuk keterangan lanjut mengenai penyertaaan Ibadah Qurban diluar Kariah ( Sabah 6 ekor & Kedah 2 ekor ) dengan harga RM600.00 sebahagian termasuk kos pengurusan boleh hubungi .

1. Ustaz Mohd Fairus Shuaib - Talian hp : 011-1971-1016
2. Tuan Safar : 013-405-9939

Hubungi segera, sementara masih berpeluang berbuat ibadah qurban.