Saturday, 30 April 2016

Hampir Selesai Bumbung Masjid

Tarikh 30hb April, 2016. Begitu cepat pembinaan ini. Bumbung hampir sempurna kesemuanya. 

Kawasan piling untuk bangunan pentadbiran bermula serentak sebahagian dari Fasa 1 pembinaan. 

TIGA KEPING GENTING DIATAS BUMBUNG. Ini kerja berat - bukan pekerjaan mudah. 

ANGLE GRINDER DIPERLUKAN untuk misi ini. Keratan yang tepat mesti dilakukan bagi mengelakan air hujan mengalir masuk kedalam masjid. 

KERJA KEMASAN PERINGKAT PERTAMA . 

PENGAWASAN YANG TELITI oleh Penyelia. Nampak berserabut tetapi semua dalam kawalan " under-control". Pembinaan bangunan pentadbiran dengan kerja-kerja piling telah pun bermula.  

SEBELAH TANGAN SAMBIL LENGANG KANGKONG. Genting bumbung ini semua tidak ringan. Keupayaan kerja di tempat tingggi, panas terik mentari & kerja yang berat menjadi kebiasaan pekerja ini. Mereka tetap senyum puas melihat hasil kerja ini. 



IR KARIM MAHUKAN LANDSCAPE TERCANTIK

IR KARIM SEDANG BERBINCANG DENGAN ZAINAL untuk mencantikan kawasan muka hadapan masjid agar cantik dan indah. Malangnya banyak pula sampah yang kena buang . Ini bangla punya peragai buang sampah keliling. 

Perbincangan sebut harga - semua kena siapa dalam budget RM2,500 sahaja. Pokok kita pilih bersama. 

" Harga mau rendah, kerja mahu cantik & tepat masa pada 23hb Mei 2016 - mahu kasi selesai " kata Tuan IR Karim pada Zainal. 

NANGKA MADU J33 - RM5.00 SATU BEKAS

TAK KENA GETAH NANGKA. Kalau kita beli nangka sendiri siapa sedialah untuk kena getah nangka. Tapi bila beli disini senang dan mudah. Bayar dan makan. RM5.00 sahaja sebekas.

NANGKA DARI LADANG PAHANG. 


Kepada yang banyak sakit sendi, nangka bukan buahan yang sesuai. Makan manggis atau durian Musang King, bagus tu. 
.