Saturday, 23 June 2018

AMIRAH & HARITH DAH KAHWIN


AMIRAH SYAZANA BINTI AMRAN & MUHAMMAD HARITH BIN PROFESSOR DR HAJI ZAINI menjadi Raja Sehari pada hari ini yang berlangsung di Jalan Sastera Satu U2/1A Seksyen U2, Taman TTDI Jaya Shah Alam Selangor @ Mayang Sastera aka Mayang Petron. Sunggoh meriah resepsi majlis ini di hadiri lebih 1500 orang tetangga dan jemputan. 

TUAN AMRAN BIN MOHD ZAIN -TUAN RUMAH -  (kanan sekali ) tidak menang tangan menyambut tetamu undangan namun tidak kering dengan senyuman. 

DATO BAHA & TUAN AMRAN MOHD ZAIN bergambar dengan kumpulan Sri Menanti dari Kuala Pilah Negeri Sembilan. Live from stage 1.

Nota : Kelihatan Dato Baha memegang sepingan Putu Piring kerana dikhuatiri Putu Piring istimewa itu diambil orang. 

BARISAN RELA MENGAWAL LALULINTAS MASUK KE MAYANG SASTERA - Tahniah. 

GUMBIRA MELEPASI HALANGAN RELA - dan maju terus ke lokasi santapan diraja. 

MENANTI KETIBAAN TETAMU YANG DATANG - tidak putus dengan senyuman gembira. 

MENYAMBUT TETAMU YANG HADIR dengan penuh kemesraan. 

TOK WAN BERSAMA MAJOR HAFIZAN - sedang menjamu selera. Sedap sunggoh kata mereka. Makan sampai mulut penat mengunyah. 


PENYANYI UTAMA KUMPULAN SRI MENANTI - dengan suara yang lunak merdu mendendangkan lagu Selamat Pengantin Baru & Ayam Den Lapeh. 



NENAS MD10 - besar, manis, rangup & segar.             Juadah pencuci mulut yang hebat! 

FRESH FROM THE STOVE - PUTU PIRING yang panas-panas berasap menambahkan selera jamuan hari ini. 

LAGU AYAM DEN LAPEH - merupakan permintaan lagu yang diminati ramai. 

DATO BAHA & EDDY SILITONGA turut bergambar dengan Kumpulan Sri Menanti dari Kuala Pilah Negeri Sembilan.  

AYAHANDA USTAZ SUJAK - turut kelihatan dalam majlis ini. 

KAK ANI - antara pioneer Proton tahun awal 1980an. Turut hadir bersama suami. 

TIDAK MENANG TANGAN MELAYAN TETAMU - Tuan Rumah Encik Amran Bin Mohd Zain. 

CUACA HUJAN SEJUK - tidak berapa mengizinkan jualan Aiskrim ini. Namun masih mencuba. 

END OF STORY.



If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

HEAVY STORM WRECK HAVOC IN TTDI JAYA on 22nd JUNE

JALAN MALIM U2/6 adalah jalan yang tidak `level` . Setiap kali hujan lebat , kawasan ini akan ditengelami air dan yang terakhir untuk surut. Sudah lama perkara ini berlaku. Mulut sudah berbuih berkata-kata. Jari sudah kematu hantar whatapp. Cerita lama. Tiada tindakan. Tong Sampah warna biru turut hanyut membawa diri.

Setiap kali hujan lebat, kita Penduduk Taman TTDI Jaya semua berada dalam kerisauan. Risau peristiwa hitam yang pernah berlaku pada 26hb Februari 2006 berulang kembali. Luka lama. Parut masih segar dalam ingatan. Kesan kesan derita masih menghantui kita. 

Tembok pemisah sungai Damansara sudah berusia. Water valve agaknya sudah habis warranty period. Kawasan pam air hendaklah diselengara. Longkang telah diperbesarkan. Namun kawasan masih ditengelami air bila hujan lebat. 

Longkang dipenuhi air. Tidak bergerak. Inilah ceritanya. 

SEBAHAGIAN DARI JALAN MALIM U2/6 - tinggi sedikit air, maka kena pakir sampan untuk seberang rumah. Bau busuk, sampah bersepahan tambahan samdol bawa kereta laju menambahkan kepedihan jiwa. 

JALAN KARYAWAN U2/3 turut menderita dengan takongan air sebegini. 

BERTAKONG  AIR DI JALAN BUDAYAWAN U2/2. TONG SAMPAH JADI MANGSA. TERKULAI LAYU. 

JALAN BUDAYAWAN U2/2 - MENJADI WATER THEME PARK. SUDAH TIDAK PERLU KE SUNWAY LAGOON. SEMUANYA ADA DISINI. 

LORONG TENGAH BELAKANG antara Jalan Budayawan U2/2 dan Jalan Malim U2/6 - turut menjadi water themepark. Sudah tidak perlu pergi jauh hingga ke Gambang Pahang. 

LONGKANG BERTAKUNG  BELAKANG RUMAH . Bukan untuk acara renang kuak kupu-kupu atau kuak lentang.

PARAS AIR DI SUNGAI DAMANSARA - paras kritikal. 

ANAK JALAN YANG BERTUKAR MENJADI ANAK SUNGAI - JALAN MALIM U2/6 . 


TONTON VIDEO - NILAI SENDIRI. 

JAM 19.03 pam tidak berfungsi. Kaku. Duduk diam. Samdol. Seperti dalam gambar whatapp komuniti.  


Jam 19.29 baru pam berfungsi. Power trip - seperti yang diperkatakan. Seperti dalam gambar whatapp komuniti. 
KETUA RUMAH PAM - Encik Din & Mr Nizam  AJK Kombes


BILIK PELANCAR ROKET KE BULAN - begini rupa suis-suis dalam rumah pam. 

PENUH SAMPAH SARAP - bahan buangan serta daun-daun dan Ranting menambahkan seri wajah longkang yang tersumbat. 


NAHAS DI PERSIMPANGAN PETRONAS - mengakibatkan kesesakan lalu lintas. 

GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALANYA - cara kita urus kerja. Rasanya setiap kali ada kerja-kerja di kawasan Taman kita ini, kita perlu rakam gambar dan simpan. Untuk sebelum & selepas. 



End of Story.