TUAN HAJI ABDUL JABAR KASSIM - PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TTDI JAYA BARU - telah membentang pelan tindakan khas untuk mengatasi masalah banjir di taman serta gotong royong perdana bagi membenteras nyamuk aedes agar taman kita ini bebas dari demam denggi dan zika.
" Kita akan membuat perjumpaan dengan MBSA bagi membincang pelan tindakan yang bersepadu bagi mengatasi nyamuk aedes. Gotong Royong Perdana adalah dalam perancangan kami bagi meliputi seluruh taman.
Saya menyeru semua penduduk taman untuk sama-sama meluangkan masa bagi memastikan tiada lokasi untuk nyamuk membiak di taman kita ini " ujar beliau semasa mempegerusikan mesyuarat kali ke-3 Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya pada 4hb September 2016 bertempat di Restoren Bistro.
|