Saturday 25 February 2017

INILAH SEBABNYA MENGAPA SIARAN TV ANDA KABUR






BURUNG PERLING HITAM @ Asian Glossy Starling merupakan punca siaran TV sentiasa kabur dan `berhujan`.

Burung burung ini menjadikan Jalan Malim U2/6 tempat rehat utama di sini. 

Gambar dirakam pada awal bulan Januari yang lalu. 

TASKFORCE ANJUR MAJLIS MESRA PENDUDUK FASA


Saudara Jailani - Ketua Kepala Taskforce sedang memberi ucapan ringkas pada 24hb Februari 2017 bertempat di Guard Post pintu masuk utama Fasa 1A. 

Saudara Jailani bersama dengan Saudara Gorbacan serta AJK yang diamanahkan untuk mencari titik pemulihan keyakinan terhadap sekuriti dan keselamatan penduduk di Fasa 1A ini, sememangnya patut dipuji akan usaha-usaha gigih beliau bagi memperbetulkan keadaan. 

Saudara Jailani adalah seorang yang peramah, mesra penduduk serta mempunyai telinga yang mendengar rintihan serta pandangan masyarakat setempat. 

Manakala Saudara Gorbacan merupakan seorang yang amat perihatin terhadap keselamatan taman Fasa 1A ini telah mengembeling tenaga serta masa bagi memastikan kawalan keselamatan Fasa 1 ini dapat diselamatkan.

Antara yang hadir mendengar segala ucapan-ucapan yang bernas dan menyokong hampir semua cadangan yang dikemukakan dalam keadaan mesra penduduk setempat.

Taskforce yang diketuai oleh Saudara Jailani telah melantik beberapa bekas pakar-pakar (bersara) untuk sama sama membantu dari pelbagai aspek untuk kebaikan taman kita.