Thursday, 4 August 2016

LEMANG PANDAN TERBAIK SHAH ALAM









Bila menceritakan mengenai LEMANG TERBAIK MALAYA - besar kemungkinan akan berlaku perselisihan pendapat yang berbeda. Di Shah Alam kita dilimpahan dengan "pakar-pakar lemang " seantario dunia.  

Lemang Ibunda yang terkenal di Kg Melayu Subang dengan rasa yang begitu konsistan, ketinggian dan harga. 

Manakala kategori Lemang Pandan amat terkenal di Seksyen 17 Shah Alam hasil tangan seorang yang berasal dari Pahang Darul Makmur. 

Dalam satu hari mereka mampu membakar sebanyak 400-500 batang lemang Pandan. 

Harga bermula dari RM8 untuk yang saiz kecil. 

Rasa Lemang Pandan ?  Tanpa perlu cerita panjang - cari rendang atau serunding & sila makan Lemang Pandan. Anda pasti tidak toleh belakang. 

MESYUARAT IBADAH QURBAN & AQIQAH 2016







Mesyuarat persediaan IBADAH QURBAN & AQIQAH tahun 2016 telah dijalankan pada 2hb Ogos bertempat dibilik mesyuarat satu dengan suasana tenang, aman, bahagia dan teratur.

Perbincangan meliputi pembelian lembu yang baik @ sihat tubuh badan, tegap dan akan diambil gambar untuk mengelakan kekeliruan semasa menerima. 

Ketelitian juga terhadap lokasi penyebelihan, menyisir, memotong, menimbang serta mengagihkan daging ibadah qurban memandangkan pembangunan yang begitu pesat pembesaran Masjid Al-Itisam. 

Semua telah dibincangakan dengan terperinci untuk memastikan perjalanan Ibadah Qurban & Aqiqah dapat dikelolakan dengan baik dan teratur.