Sunday, 9 April 2017

Al-Fadhil Ustaz Hazri Hashim Al Bindany Bimbing Program Daurah Perdana


Al-Fadhil Ustaz Hazri Hashim Al Bindany 






DAURAH KITAB MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA DAPAT SAMBUTAN HANGAT DI MASJID AL-ITISAM.

Daurah Kitab Mishbahud Duja Syarah Safinah An-Naja ini di 

pimpinan Al-Fadhil Ustaz Hazri Hashim Al Bindany 

(Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Muhajirin/Jurulatih Utama Dakwah KPM)

📖 Kitab: Mishbahud Duja Syarah Safinah An Naja - KITAB SOLAT

🕐 Tarikh: 8 APRIL 2017, Sabtu

🕐 Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang

🏢 Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya Shah Alam

💸 RM 70.00 . (Termasuk buku, minum pagi, tengahari & petang)

DAURAH SIRI 2.0 ini akan membincangkan antaranya:

• Keuzuran solat
• Syarat sah solat
• Pembahagian aurat, hadas serta pengertiannya
• Syarat sah takbiratul ihram dan membaca al-Fatihah
• Waktu haram solat
• Thoma'ninah, perngertian dan tempatnya
• Sunat ab'adh serta sujud sahwi dan sebab-sebabnya
• Perkara yang membatalkan solat
• Rukun Solat Sempurna
• Perkara sunat sebelum solat, ketika solat dan selepas solat
• Hukum berkaitan Solat Jamak dan Qasar
• Hukum berkaitan Solat Jumaat
• Pencerahan terhadap beberapa masalah khilaf berkaitan solat
Dan banyak lagi.

Pendaftaran awal adalah digalakkan bagi tujuan penyelarasan kitab & jamuan

* Kitab Ada Dijual Semasa Program

Terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat.

YUSOF MUSTAFA @ Hj YM SUDAGAR BESAR KAMBING BAKAR

Gambar diatas ini bukanlah gambar Tok Kadi atau Tok Mudim rasmi Taman TTDI Jaya Shah Alam yang akan menikahkan anak anda atau khatankan anak lelaki remaja anda!

Ini adalah gambar Tuan Haji Yusof Mustafa atau panggilan manja kasih-sayang cium molot HjYM pada banner yang mempromosikan KAMBING BAKAR KAWW.

Tidak dapat dinafikan, sememangnya KAWW 

(bukan singkatan dari nama Ah Kaw dari Kepong).

Sedap tak terperi. Lelehan air-liur akan membasahi baju saudara. Perisa sos lada hitam akan cair dek kerana lelehan air-liur yang tidak dapat dikawal.

Malangnya HjYM ini degil. Tak mahu dengar nasihat. Dia ingat dia sahaja yang betul! Harga Kambing Bakar Kaww dia dijual dengan harga RM10.00 sahaja.

Dengan kesedapan yang tidak terperi, yang mungkin mengakibatkan Restoren Victoria Station tutup, Tony Roma bertukar menu kepada Nasi Ambeng kerana tidak mahu bersaing dengan HjYM Kambing Bakar Kaww - penasihat bawah pokok taman ini telah menasihatkan HjYM untuk menjual dengan harga RM12.00 mulai minggu hadapan. 

( Nota kecil : Memang ramai pun penasihat bawah pokok di taman ini ) 

Tetapi HjYM ini (batu besar kapala dalam ada duduk) tetap mahu menjual Kambing Bakar Kaww dengan harga RM10.00 sahaja. Harga cinta kasih sayang kata dia! 


Ramai orang membuat pengakuan bersumpah yakni Statutory Declaration, bahawasanya jika anda sedang menikmati Kambing Bakar Kaww HjYM dan pada ketika itu Ibu Mertua atau Bapa Mertua anda yang kaya dengan harta pusaka dan wang ringgit, lalu di hadapan anda - maka anda akan membeli sebanyak 10 (sepuloh) bungkus untuk dibawa pulang dan dihadiahkan kepada mereka berdua untuk menikmati Kambing Bakar Kaww HjYM. (Ayat panjang ) 


Dengan berbuat demikian, peratus peluang anda untuk menjadi anak menantu contoh pada tahun 2017 amatlah tinggi. 



URUSETIA HARI AMAL MESRA 2017 hampir terpaksa memanggil unit tambahan RELA bagi mengawasi keadaan yang tegang di tapak jualan Kambing Bakar Kaww HjYM.

Hampir terdapat pergelutan kecil hanya untuk mendapat nombor giliran beratur untuk mendapatkan Kambing Bakar Kaww HjYM ini.

Namun demikian dengan diplomasi serta ayat-ayat gentle HjYM sudah dapat menenangkan keadaan pada masa itu.

Ini mungkin kerana hembusan aroma lazat yang menikam kalbu serta mennusuk sukma maka keadaan kembali tenang.

Lihat gambar diatas.



Anda tidak perlu tunggu sehingga Hari Amal Mesra 2018 untuk menikmati kelazatan Kambing Bakar Kaww HjYM - talifon dia dan anda boleh buat tempahan. Dia sedia berkhidmat. 

Ya. memang benar. Yusof Tauyob itu adalah saudagar Kurma dan kita berbangga. 

Namun pada suatu hari kelak - kita akan lebih berbangga dengan Yusof Mustafa bakal menjadi Saudagar Kambing Bakar yang terhebat diseantero dunia. 

Langkahnya bermula disini. 

HjYM anda HEBAT !