MURAI KAMPONG @ Magpie Robin atau Oriental Magpie Robin nama saintifiknya Copsychus Saularis sering kali berkicau riang segar ditaman kita.
Dengan persekitaran Sungai Damansara serta banyak pokok pokok disekeliling menjadikan taman ini habitat terbaik untuk membiak.
Murai Kampong ini merupakan burung kebangsaan negara Bangladesh. Patutlah bila burung Murai Kampong ini berkicau riang, maka kita akan nampak Mat Bangla ditaman kita turut menari ala Micheal Jackson cuma suara sahaja ada mirip Siti Kasim , sedikit keras.
Peribahasa "Mulut Murai "mungkin diambil dari Murai Kampong ini , kerana ianya berbunyi sekampong. Riuh rendah.
CNN, BBC, TV3Suku dan segala bentuk media lain tidak mampu menandingi kehebatan Mulut Murai Kampong. Agaknya lah.
Apapun, kicauan Murai Kampong sentiasa mewarnai Taman kita yang kaya dengan personaliti pelbagai.
SEMUGA ANDA TERHIBUR DENGAN MURAI KAMPONG INI.
Lets see where it leads from here...Thanks.