Sunday, 17 April 2016

Crested Goshawk - Accipiter Trivirgatus




Burung Helang  Alap berjambul atau Crested Goshawk (Accipiter trivirgatus) di temui di hadapan Station Minyak Shell pada awal April 2016. 


Bunyi bising daripada pokok pada satu pagi berhadapan dengan stesyen petrol Shell, mengamit saya untuk menyiasat perkara ini. Bunyi itu datang dari seekor burung dipercayai masih lagi belum cukup dewasa. 

Helang Alap Berjambul atau Crested Goshawk (Accipiter trivirgatus) berukuran sederhana, sekitar 25-35 cm. Tubuhnya terlihat tegap dengan paruh yang tajam terlihat jelas sebagai ciri khas seekor helang.



CERAMAH USTAZ HAJI ABDULLAH KHAIRI BIN HAJI HARON - FULL HOUSE

CERAMAH USTAZ HAJI ABDULLAH KHAIRI BIN HAJI HARON pada 16hb April, 2016 selepas Solat Maghrib berjaya memenuhkan masjid disetiap ruang. 

TAJUK CERAMAH MAGHRIB : Kepentingan Solat Berjemaah Pengimarahan Masjid disampaikan dengan begitu bersahaja serta berjenaka yang tidak membosankan. 

CONTOH BAGAIMANA SOLAT DILAKUKAN .








RUANG MASJID YANG PENUH DARI PELBAGAI SUDUT. Ceramah begini mampu menarik minat anak kariah untuk memenuhi setiap ruang di dalam masjid ini. 

Bersama keluarga dan siaapkan kerja rumah. 

Bakal generasi Ustaz yang tersohor. 

Bawa bersama anakanda yang tercinta di masjid untuk mendengar ceramah majlis ilmu.