Sunday 31 January 2016

GOTONG ROYONG MASJID AL-I`TISAM WAJAH YANG SAMA

RUANG UTAMA MASJID . Gotong Royong membersihkan Masjid Al-I`tisam perlukan tenaga sukarelawan baru. Setiap kali wajah yang hampir sama yang hadir bagi menjayakan aktiviti ini. Hampir setiap bulan kita akan mejalankan aktiviti Gotong Royong ini dan kita berharap kedatangan sukarelawan akan bertambah. 

KIPAS ANGIN DAN SESAWANG LABAH-LABAH. Ini perlu dibersihkan setiap bulan untuk keselesaan jemaah. 

PAPAN TANDA DIKEMAS-KINI : Papan tanda ini mula menunjukan tanda usang dan tidak terurus serta dikemas-kini. Ustaz Wan Elias turut serta menjayakan aktiviti. 

KEMAS DAN TELITI . Papan tanda ini diberi wajah baru dengan cat putih. Papan tanda ini akan dikemas kini akan maklumat terkini. 

BAKAR KITAB YANG ROSAK : Banyak kitab-kitab yang rosak terkoyak dibakar didalam tong drum ini. Pelupusan cara begini adalah tertip & berhemah.

Terima kasih semua yang turut hadir menjayakan Gotong Royong Masjid Al-Itisam ini.
31hb Januari 2016

()_()_()_()_()_()_()_()_()_()_()_()_()_()_()
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman TTDI Jaya, please write to me at adinoor@yahoo.com 
Lets see where it leads from here...
Thanks.

Friday 29 January 2016

TANGAN HIJAU YANG RAJIN


TANGAN HIJAU YANG RAJIN RAMAI DITAMAN INI. Bila ada ruang tanah yang terbiar dari ianya menjadi semak samun ditumbuhi lalang ada juga hasilnya ditanaam pokok pisang.

Spesis yang ditanam ini sangat bagus - dedikit masa sahaja dah berbuah. Bila berbuah dan masak nanti sempena Tahun Baru Cina tahun Monyet - maka banyaklah monyet turun dari hutan berdekatan akan tumpang sekaki mengambil akan hasilnya.

Inilah cabaran petani kota di taman kita. Jikalau ada rezeki yang telah ditentukan - merasailah kita. Insyaallah.

Tahniah pada pengusaha petani moden ini. Jsamu mencantikan taman ini amat dihargai.


()()()()()()()
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Monday 25 January 2016

KERJA PEMBINAAN PEMBESARAN MASJID AL-I`TISAM RANCAK

MASJID AL-I`TISAM TAMAN TTDI JAYA SHAH ALAM , sedang dalam proses membina tiang-tiang asas. gambar-gambar ini diambil pada hari ini sebelum Zohor dimana pegawai yang bertugas menyelia rapi akan pembinaan ini begitu tekun dan dedikasi menjalankan tugas beliau. Hari ini adalah hari cuti untuk negeri Selangor namun dengan semangat yang kuat mereka tetap bekerja demi menyiapkan pembesaran rumah allah ini.

" In-sya-allah jika semua berjalan lancar, bangunan ini akan siap sebelum bulan ramadhan tahun ini. Ini akan memudahkan jemaah kariah disini menjalankan ibadat dengan sempurna apabila siap nanti " kata Encik Nazri pegawai yang bertugas itu.  


BERBINCANG : Encik Nazri sedang berbincang untuk memastikan segala yang telah dilakarkan memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui. 

PURATA LUBANG CERUCUK TUJUH HINGGA LAPAN KAKI KEDALAMAN: Tiang asas cerucuk ini mempunyai kedalaman tujuh hingga lapan kaki sebelum simen konkrit dimasukan. 





PANAS TERIK TIADA BERHENTI : Dibawah panas terik matahari , pekerja ini mampu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi and tekun. 

EXCAVATOR DIGUNAKAN UNTUK KERJA BERAT :  Sewaan excavator sehari berharga anggaran RM800 sehari. Ianya digunakan dengan sepenuhnya untuk mempercepatkan kerja-kerja pembesaran pembinaan ini. 




Saudara boleh menderma disini. Jangan biarkan mereka ini bersaorangan untuk menjayakan projek pembesaran masjid ini. 

Salurkan sumbangan saudara kepada

Nama akaun: Dana Kompleks Islam Al-I`tisam
Maybank : 5624-7813-0016
Bank Islam : 1203-8010-1086-47

www.alitisam.my

Talifon : 03-7832-7876 - Pejabat Masjid



 ()-()-()-()-()

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Saturday 23 January 2016

HUJAN KETULAN AIS DI TAMAN KITA





HUJAN KETULAN AIS BATU:  Hairan bin Ajaib bin Terkejut ! Hujan ketulan ais batu di taman kita pada petang Jumaat lebih kurang jam 4.14 petang. Yang menghairankan kenapa orang panggil Hujan Batu? Sebenarnya ianya Hujan Ketulan Ais Batu - bukan Hujan Batu !

Kalau hujan batu pejal, sudah tentu kepala benjol, cermin kereta pecah serta berbagai kemusnahan yang lain.

UNIK SUNGGOH TAMAN INI : Tanggal 26hb Februari 2006, taman ini dikejutkan dengan banjir yang amat dasyat memusnahkan banyak harta benda. 

Tahun ini genaplah 10 tahun memori duka yang melukakan penduduk setempat. Kini kita dikejutkan dengan Hujan Ketulan Ais Batu yang pasti akan menfamouskan nama taman yang bertuah ini. 

Ketulan ais batu ini sudah tentu kuat akan bunyinya apabila bertebung dengan bumbung zink bahagian belakang sambungan Masjid Al-I`tisam.  Kepada yang tidak berkesempatan - sila lihat video. 

Gambar ehsan Utusan Online & You Tube. 


()()()()



If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at idirusli@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Friday 22 January 2016

BANK LELONG

RUMAH LELONGAN DARI BANK. Langit tidak selalu cerah. Adakala mendung. Kita hanya mampu merancang, segalanya telah diatur olehNYA.

Papan tanda Bank Lelong ini merata di kawasan taman dan juga dijalan utama - Jalan Monfort.

Iklan di atas ialah rumah di Mayang Sakeenah. Ada juga Bank Lelong rumah 2 1/2 tingkat di Mayang Sutera dengan harga RM1.5 juta - harga rezab.

Untuk mendapat rumah lelongan ini, saudara kena bijak. Banyak toyol tua yang akan mengusik diri saudara. Toyol tua yang selalunya mata sepet ini akan membida rumah yang saudara nak bila.

Bukan nak bida pun, saja nak mengusik. Tetiba muncul seekor mambang tanah yang akan berbisik kepada anda bahawa ada beberapa ekor toyol tua mahu akan rumah itu dan rumah itu akan jadi mahal bila toyol tua itu masuk campur dalam bidaan lelongan bank itu.

Mambang tanah ini boleh menghalau toyol-toyol tua ini dengan sedikit pengeras. Maka saudara pun tertipu dengan sandiwara di pentas lelongan.

Inilah cara sindiket toyol tua & mambang tanah beroperasi. Lelongan bank seperti ini perlu pemahaman yang dalam serta mata yang tajam akan keadaan sekeliling. Banyak perkara yang hendak di amati sebelum anda berkenan pada rumah ini.

Prosedur yang terbaik, cuba dapatkan maklumat dari bank dan buat direct nego. Cara ini dapat memintas segala kemungkinan oportunis.

Selamat mencuba.



())()()()()()

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Thursday 21 January 2016

VAN INI APA CERITA ?




Milik siapakah van putih ini ? Van ini sudah tersadai di Jalan Hikayat U2/9 sudah lebih sebulan - sejak bulan Disember 2015. 

Van besar gedabak size anak dara gajah ini cermin hadapan dan belakang pecah , tayar pancit dan berkarat. Ianya sedikit menghalang lalu-lintas kerana di pakir di kepala jalan. 

Pedih mata kerana setiap hari melalui jalan ini. Bagaikan sampah terbuang. Mungkin ada cerita disebalik cerita.

Persoalannya - siapa yang bertangong-jawab untuk mengalihkan van ini? 

Ada lagi sebuah kereta Nissan Sunny warna putih dihadapan Masjid Al-Itisam yang tersadai disana. 

Dan satu lagi dihadapan sekolah menengah TTDI Jaya. Banyak juga kereta terbuang di taman kita ini ye. 


Tuesday 19 January 2016

SPESIS BURUNG YANG DI LINDUNGI

BURUNG INI ADALAH DIBAWAH KAWALAN AKTA PERHILITAN

Jika saudara berhasrat untuk buat gulai burung-burung yang ada di Sg Damansara ini di bawah jambatan taman kita ini. Maka fikir 10 kali, agar tidak menyesal kemudian hari. 

AKTA 
87. Mana-mana orang yang menjual apa-apa benda yang mengandungi atau didakwa mengandungi apa-apa terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


Memprovokasi hidupan liar

88. Mana-mana orang yang memprovokasi atau 

mencederakan mana-mana hidupan liar yang 

kemudiannya menjadi bahaya serta merta kepada 

nyawa manusia melakukan suatu kesalahan dan 

boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga

puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh 

tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


PUCHONG SERANDAU @ PURPLE HERON @ ARDEA PURPUREA : Masak lemak cili padi pun nampak ok - tetapi awas denda maksimum menanti anda. 

PUCHONG SERIAP @ GREY HERON - ARDIA CINEREA :  Nampak sedap kalau buat goreng kunyit. Lazat. Tetapi bila kena tangkap makan percuma selama setahun di service apartment Sg Buloh.


Burung burung ini dikawal dibawah akta perlindungan Perhilitan.




()()()()()
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at idirusli@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Monday 18 January 2016

KEBUN PETANI KOTA

TANAH INI TERBIAR DAN DIUSAHAKAN SEBAGAI KEBUN. Petani kota di taman kita meredah Sungai Air Kuning untuk berkebun pisang di sebidang tanah yang tiada guna untuk sesiapa. Ianya sekeping tanah hutan yang dipenuhi oleh semak samun. 

Hasil keringat penat lelah beliau pada tanah yang diusahakan lalu mendapat setandan pisang yang belum tahu akan rezeki padanya. 

Mungkin pisang ini akan dilarikan orang pada waktu malam. Inilah cabaran petani kota. 





PERMANDANGAN DARI SURAU AS-SAKEENAH : Dari lokasi ini kita dapat melihat beberapa pokok petai segar  diseberang Sungai Air Kuning. Pokok ini seolah-olah menutupi permandangan apa yang ada disebelah sungai sana. Pokok kelihatan menghijau sihat. 

DARI SUDUT YANG SAMA : Kita dapat melihat ranting-ranting kayu yang mati seolah-olah berpenyakit tidak berdaun dan mati. Apakah phenomena ini? Apa yang berlaku ? 

JAMBATAN GANTONG  SG AIR KUNING : Laluan yang tidak menjanjikan akan keselamatan pengunanya.   
POKOK PETAI HUTAN INI DI UNGGUN API DI BAKAR DI PANGKAL. Pokok ini dibakar oleh seorang pekebun kota. Beliau membersihkan keadaan sekeliling agar kelihatan kemas, teratur serta membolehkan dia berkebun. Tempat ini penuh nyamuk yang sentiasa lapar darah anda. Juga yang menanti reptalia seperti ular dan biawak bersarang dilokasi ini.
TANAMAN PISANG. Ini merupakan inisiatif yang baik seorang petani kota. Tanah yang terbiar ini dijadikan kebun pisang yang teratur dan kemas. Malangnya hasil pertanian ini tidak mungkin dapat dirasa oleh petani kota ini. Ianya hilang waktu malam seperti yang diceritakan oleh petani ini.





OOOO

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Sunday 17 January 2016

Ratusan Pokok Mangga di Taman Kita

Tahukah anda pada setiap 4 buah rumah teres di taman kita akan terdapat sepohon pokok mangga? 

Contoh di Jalan Nujum U2/7 terdapat hampir 14 batang pokok mangga yang pelbagai jenis. Ada yang berbuah, ada yang tidak dan ada yang macam pokok kayu balak. 

Pokok mangga atau mempelam atau pauh nama saintifik Mangifera indica Linn dari keluarga Anacardiaceae.  Jika mengikut angaran kasar, di taman kita ini mempunyai lebih dari 300 pokok mangga pelbagai spesis yang di tanam dihadapan rumah atau kawasan lapang. Tidak percaya akan angka ini - sila buat pengiraan di dua batang jalanraya di hadapan rumah anda di TTDI Jaya dan seterusnya jalan raya sebelah. 

Persoalanya kenapa pokok mangga? Mengapa tidak pokok rambutan, manggis, mata-kuching, longan, durian, manggis, kelapa dan sebagainya. 

Jawapannya - pokok ini senang dijaga " tanam dan tinggal ". Tanggapan ini adalah salah, tidak tepat & tidak benar. 

Pokok Mangga perlu dipangkas setiap empat  bulan serta semburan kulat pada daunnya. 

Spesis yang terdapat di taman kita ada pelbagai seperti Chokanan, Harumanis, Nam Dok Mai, Siku Raja, Mas Hitam, lemak dan Falan.

Antara spesis yang terdapat di negara kita

Harumanis  ( MA128 ) 
Mangga Haji Dollah ( MA131 ) 
Mangga Golek atau Mangga Foo Fatt ( MA162 ) 
Mangga Malele ( MA204 ) 
Mangga Chok Anan ( MA224 ) 
Mangga Nam Dok Mai (MA223) 
Mas Muda ( MA204 ) 





SPESIS MANGGA AFRIKA  : Spesis African Manggo tiada terdapat ditaman ini - tetapi spesis seakan sama tetapi tidak. Rasanya lemak manis. Pokoknya perlu dipangkas selalu untuk penghasilan buah yang banyak. 
AFRICAN MANGGO : Scientific Name(s): Irvingia gabonensis (Aubry-Lecomte ex Ororke) Baillon. Family: Irvingiaceae. Older references may list family Simarubaceae.
Common Name(s): African mango , African wild mango , irvingia , dika ( dikanut , dikabread tree ), odika , ogbono , sweet bush mango , bush mango , iba-tree

MANGGA EPAL @ MEMPELAM HAJI DOLLAH : Pokok spesis ini mampu berbuah lebat. Pokok ini kurang penyakit dan perlu di pangkas setiap tiga - empat bulan sekali. Jangan risau - ia kan mampu tumbuh rendeng semula.  
MEMPELAM MUDA DI TAMAN: Jika ada yang teringin nak makan mempelam ini - sila bertanya pada tuan punya depan rumah. Jangan petik & lari. Takut kembung perut. Kalau minta dengan baik, dia akan bagi. 

PEROSAK POKOK MANGGA 
Antara membuatkan pokok mangga kita rosak atau tidak berbuah ialah disebabkan penyakit dan seraanggga perosak.  Antara serangga perosak pokok mangga ialah , Kumbang belangkas (Hypormeces squamosus) yang memakan pucuk, daun muda dan tangkai buah yang belum matang. 

Kumbang pengerat pucuk (Deporaus marginatus)yang menyerang tanaman pada peringkat berpucuk.

Kumbang curculion (Alcidodes spp) yang merosakan pucuk muda. Terdapat tanda hitam memanjang di bahagian tangkai pucuk. Pucuk akan bantut dan mati.

Kumbang pengorek buah (Cryptorrjynchus mangiferae) mampu mengorek lubang di peringkat putik lagi. Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar.

Ulat pengorek pucuk (Chlumetia transversa) mempunyai arva mengorek bahagian pucuk dan terus memakan bahagian tengah tangkai pucuk. Pucuk menjadi kecut dan mati.

Ulat pengorek batang (Rhytidodera simulans)
Menyerang pokok matang. Ulat yang menetas di dalam ranting mengorek masuk ke dalam pucuk dan terus menuju ke dalam batang. Ranting atau dahan yang diserang mempunyai lubang-lubang dan daun layu atau mati. Cantas dan musnah ranting yang diserang. 

Lelompat daun (Idioscopus nitidulus)
Dewasa dan nimfa menghisap sap dari daun muda, menjadikan daun kecil. Kawalan dengan imidachloprid, carbaryl atau cypermethrin.

Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
Menyerang buah yang hampir masak menjadikannya busuk dan berair. Bungkus buah di peringkat sebesar telur ayam. Guna umpan protein dicampur dengan racun serangga. Sembur dengan acephate, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau fenthion.



Dari maklumat diatas - pokok mangga bukannlah pokok yang " Tanam & Tinggal ". 

Ianya perlu penngawasan yang teliti untuk penghasilan buah yang baik. 




 ()()()()
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Saturday 16 January 2016

LOKASI KERJA PERKAHWINAN

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Tiba-tiba anak anda sudah besar. Dia mahu bernikah @ dia nak berkahwin. Mahu hidup bersama pasangan pilihan-hatinya. Maka bermulalah satu episod kehidupan baru bagi anda. 

Untuk membuat satu kerja perkahwinan di Shah Alam ini perlukan sedikit sebanyak penyelidikan untuk memastikan ianya efektif dan permudahkan perjalanan. 

Yang bermain dikepala anda suami isteri ialah lokasi. Pemilihan lokasi pula hendaklah tepat untuk tuan rumah tidak stress lebih dari pengantin pada hari kerja kahwin nanti.

Antara lokasi pemilihan orang taman ini adalah seperti berikut tetapi tertakluk kepada keadaan akaun bank masing-masing.

1. Dewan Bunga Kertas
2. Kelab Shah Alam 
3. Rooftop Bukit Jelutong 
4. Dewan Jalan Andang - Bukit Jelutong ( Baru )
5. Dewan Utama - Bukit Jelutong 
6. KGSAAS
7. Dewan Elaies II ( Baru ) 
8. Space U8 ( Baru ) 
9. Hotel Concorde Shah Alam
10. Hotel Dee-Palma Section 19 Shah Alam
11. Hotel Blue Wave Shah Alam
12. Dewan Besar MPSA
13. Khemah depan rumah. 

Semua bergantung kepada budget masing masing. Ada yang package sekali dengan pelamin, makan minum, PA System, andam dsb lingkungan RM30,000-RM40,000.00 untuk 800 orang. 

Bunga Telur @ buah tangan - ini cerita lain & kos lain. Senang cerita ramai orang kata beli di Nilai 3 - tertakluk apa yang kita nak beli ? Sebenarnya kita boleh buat shopping sedikit ada di bandar Klang, Bandar Botani GM Klang, Jakel Shah Alam atau Balakong. Ini semua cerita orang lah - bila tiba seru masanya maka kita akan melalui laluan ini.  
DEWAN BUNGA KERTAS TTDI JAYA: Sewa dewan, hawa dingin dan cagaran anggaran RM1,500.00 tidak termasuk sewa kerusi meja, pelamin, carpet merah, makanan, minuman, bunga mangar, hulubalang, panglima, dayang-dayang menari, kompang, guitaris, saxaphone Kassim Selamat, penyanyi serta penyambut tetamu. 

Untuk sewa ini silaa hubungi MPSA. Jadual amat ketat kerana dewan ini digunakan oleh oleh Tuan Haji Ahlaken, Mr Raju Ramasamy, Mr Lim Bee Sing &  Jugah anak Gembira. Semua bangsa dalam taman boleh guna. Tiada sekatan. 

Penduduk ramai - siapa buat tempahan dulu dialah yang dapat. Selalunya tempahan dengan wang pendahuluan akan diutamakan, tempahan dengan lidah dan hati yang suci murni agak sukar untuk diterima. Tiada resit bukti tempahan tiada tentu dapat tempat ini. 

Ini adalah lokasi yang amat baik kepada tetamu dari taman ini - dekat & senang untuk hadir. 


DEWAN THE SPACE DI LOKASI SPACE 8 : Ini tempat baru. Carpet tebal, dewan berhawa dingin, parking hujan panas ribut petir adalah berbaik. Pakej adaalah istimewa. Penduduk sebaagaai tetamu dari taman kita semestinya gumbira - sebab dekat. 

DEWAN BUKIT JELUTONG JALAN ANDANG : Dewan ini hawa dingin dan mempu memuatkan hampir 1000 orang sekali duduk. Nak sewa minta pada MPSA lah. 

DEWAN ELAIES II - BUKIT JELUTONG : Dewan comel ini mampu memuatkan hampir 400-600 orang. Ruangan hiasan merupakan santai serta berkonsep taman. 
KENDURI DEPAN RUMAH: Kenduri depan rumah secara teorinya macam jimat dari segi perbelanjaan. Namun secara realitinya ianya kurang hanya 16.78% dari jumlah belanja buat didalam dewan.

Kekurangannya mengatasi segala kebaikan. Dari segi kesesakan jalan-raya, permit MPSA untuk penutupan jalan, jiran yang tidak berkerjasama, tandas rumah yang sentiasa penuh, khemah lewat pasang & buka, tempat penyediaan makanan tidak teratur, tiada hawa dingin dan segalanya.

Zaman Uji Rasyid anak dara dulu, membuat kenduri dikampong halaman memanglah mudah, mesra & ramai bergotong royong. Satu minggu sebelum acaara kenduri sudah meriah satu kampong. Namun disini harapkan bangla atau indon sajalah. Bangla & Indon pun dah tahu demand sekarang. Jikalau nak tempah khemah yang paling dekat dengan TTDI Jaya boleh layari laman ini - tiada komisen untuk penulis - ini kerja amal. 
http://www.afkanopi.com/pakej/diamond/

SELAMAT MENYAMBUT MENANTU. 


If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at idirusli@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Friday 15 January 2016

RUST IN PEACE

SAUJANA INDAH is located just across Masjid Al-I`tisam after the T-junction traffic light. It is an industrial area. This place is well known for best Gulai Kawah in Shah Alam from restaurant Sri TTDI & Restoren Shidah. 

It is also the hub to change tyres, car assosories, paint shop, workshop and modification job. 

Lately, the heavy metal boys aka scrap metal are dominating almost every corner this ten blocks building industrial area. Thus this place look like a war zone with eyesore stuff littered all over the place. 

Rubbish are strewn all over this places including cars that use to be luxurios during DJ Dave prime years in showbiz. 

Once again - your meat is my poison and your honey is bitter to me. This is reality. Life goes on. 

SAUJANA INDAH: This is the big boys toys dumping ground for luxury cars. 

RUST IN PEACE:  Daimler, Buick, Mercedes Benz & a Jag counting days rusting under the hot blazing sun and torential rain.

During their prime time, they were the VIP parking lot in front of the hotel lobby. Now they are next to the scrap metal boys pit lane.  

WHEELS GONE : This will be the easiest items to be knick out from a car. As soon as this is gone, it is spelled `death`. 

THE REAR LIGHTS LOOKS GOOD FOR SPARES!  This is what is left and rusting gracefully. 

PRONOUNCED DEAD! Totally uneconomical to restore and put it on the road. You must have a very deep pocket and nerved of steel to take on this restoration assignment. 

BMW LOVERS : As the saying goes to BMW - Banyak Makan Wang - this is what is left when the `wang` is not enough to maintain this beauty. Unsure of the story behind these cars. 

VOLVO FOR LIFE : For these cars its end of their life. Rusting to the ground and birds droppings target!

CHAUFFEURED DRIVEN CAR  : During her glorious days this Mercedes Benz S Class used to chauffeur VIP to official function. But now she is reduced to snakes, spiders, rats and creepy crawlies happy hours den. 





Note : Feedbacks ? Just email me at adinoor@yahoo.com

Thursday 14 January 2016

GAMBAR DRONE PEMBANGUNAN MASJID AL-I`TISAM

Antara perkara yang membuat saya teruja @ excited apabila ada sesaorang dapat membaca apa yang saya mahu untuk menulis didalam blogspot ini. 

Mereka menghantar gambar dari udara yang diambil menggunakan DRONE.  Gambar yang baaik mampu menceritakan segalanya. 

Pengunaan Drone ini mampu memberi kita gambaran dari udara - permandangan dari mata seekor burung yang terbang tinggi. 

Hasilnya amat menakjubkan. Terima kasih kepada     IR Karim - Nazir Masjid Al-Itisam terhadap usaha ini.



GAMBAR DARI PINTU HADAPAN: Pembangunan Fasa 1 sedang rancak dijalankan. Mungkin garisan kuning untuk parking kenderaan tidak cukup warna kuning untuk sebuah kereta disitu untuk parkir dengan sempurna. Milik siapakah kereta itu ? 
NAMPAK AKAN KEUZURAN : Dari permandangan udara, keadaan masjid kita nampak uzur dibeberapa kawasan. Usaha untuk membangunkan serta pembesaran masjid ini amatlah dialu-alukan. 

PANDANGAN DARI SEKOLAH AGAMA: Lubang yang digali berukuran lapan kaki persegi serta kedalaman lebih enam kaki nampak begitu kecil dari kaca mata Drone. 

PANDANGAN DARI PADANG SEKOLAH RENDAH : Beginilah permandangan dari udara akan keseluruhan lokasi tapak masjid kita.


Saudara boleh menderma disini. Jangan biarkan mereka ini bersaorangan untuk menjayakan projek pembesaran masjid ini. 

Salurkan sumbangan anda kepada 

Nama akaun: Dana Kompleks Islam Al-I`tisam
Maybank : 5624-7813-0016
Bank Islam : 1203-8010-1086-47

www.alitisam.my

Talifon : 03-7832-7876 - Pejabat Masjid




If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at idirusli@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

Wednesday 13 January 2016

STATUS PEMBESARAN MASJID AL-I`TISAM 13/1/2016


LAKARAN PEMBESARAN MASJID AL-I`TISAM : Ini adalah lakaran visual bangaimana rupa masjid apabila siap nanti. Ianya mampu memberi keselesaan kepada kariah tempatan dalam urusan ibadat dan kebajikan. Bersamalah untuk menjayakan projek pembesaran masjid ini. Sumbangan anda amat dihargai. 

LUBANG JERUCUK : Sebahagian dari tiang utama telah digali , disimen dan piling untuk tujuan binaan. 

TOK BATIN BINAAN :  Big Chief aka Tok Batin @ Orang Kuat Mohd Aslam sedang memeriksa kawasan persekitaran tapak pembinaan.   

LUBANG JERUCUK FASA SATU:  Pembesaran masjid sedang melalui fasa satu pembinaan dimana lubang-lubang jerucuk binaan telah digali serta diawasi dengan teliti oleh jurutera binaan.  

TIANG KONKRIT LAMA : Beberapa tiang konkrit lama telah dikorek dan akan dikitar semula melalui proses binaan tertentu. 

LUBANG DALAM UNTUK KONRIT : Begini rupa kedalaman lubang konkrit yang dalam binaan. Ini merupakan beberapa lubang tiang asas pembesaran masjid. Spesifikasi ini merupakan kehendak jurutera binaan untuk memastikan pembinaan kukuh.

TOK BATIN @ BIG CHIEF aka KEPALA UTAMA :  Mohamad Aslam merupakan Big Chief di tapak pembinaan ini. " Terdapat 22 orang yang berkerja di tapak ini. Kami berkerja dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang. Adakalanya sehingga 7.00 malam. Waktu rehat kami pada waktu zohor untuk makan tengahari " kata Mohamad Aslam.

Beliau mengawasi kerja-kerja binaan semua pekerja dari segi teknikal,  pengurusan pekerja, keselamatan pekerja, rujukan masa pembinaan serta aspek-aspek lain di dalam pembinaan pembesaran masjid ini. 

HERO YANG TIDAK DI DENDANGKAN - THE UNSUNG HEROES : Jauh dari perantauan, mencari rezeki yang halal, mereka ini amat bersyukur dapat mencurahkan bakti di dalam pembinaan pembesaran Masjid Al-I`tisam ini.

" Mereka ini amat gembira dapat berkerja disini untuk menjayakan pembesaran Masjid Al-I`tisam. Jawatankuasa yang menjaga amat mengambil berat terhadap perkerja disini. Segala kemudahan makan, minum, tempat tinggal serta tempat beribadat semuanya di awasi dengan baik " ujar Mohamad Aslam.  

KERJA KUAT : Panas terik & hujan tidak menghalang perkerja asing yang majoritinya dari Bangladesh berkerja dengan bersunggoh. 

SUDAH BIASA KERJA DALAM PANAS TERIK :  Setakat tinggi ini punya tanah , tiada halangan. Petang esok sudah boleh settle. Posing maut pekerja ini. Aspek keselamatan juga dititik beratkan dengan memakai safety boot & safety hat. 

RANCAK BERJALAN:  Jentolak berat digunakan untuk mempercepatkan urusan menanam jerucuk binaan serta mengorek lubang jerucuk. 

ANDA INGIN MENYALURKAN DERMA ? : Sokongan anda amat diperlukan untuk menjayakan pembesaran masjid ini. Kata perpatah melayu ," Kecil tapak tangan baldi jentolak kami tadahkan ".  


Saudara boleh menderma disini. 

Nama akaun: Dana Kompleks Islam Al-I`tisam
Maybank : 5624-7813-0016
Bank Islam : 1203-8010-1086-47

www.alitisam.my

Talifon : 03-7832-7876 - Pejabat Masjid

Nota : Gambar diatas ini diambil pada 12hb Januari 2016.
 


***


Segala pertanyaan, maklum-balas, komen dsb email kepada : adinoor@yahoo.com