Thursday 7 April 2016

IKLAN PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM





Kerja-kerja pemasangan Iklan Billboard besar Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam sedang giat dijalankan. In-Sya-Allah akan siap sepenuhnya sebelum solat Jumaat 8hb April, 2016. 

Kawasan ini perlu bersih dan cantik bagi mengambarkan keindahan sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan. 

Sampah sekeliling, baju & kain yang disangkut pada pagar, semak samun, pokok petai hutan ditepi papan iklan ini mencacatkan permandangan yang akan menyebabkan selera untuk menderma berkurangan. 

Kita kena ringan mulut menegur warna asing atau warga tempatan untuk menjaga kebersihan persekitaran masjid. Ini tanggong-jawab kita bersama. 



Matlamat asal adalah untuk memberitahu akan Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam untuk keselesaan semua anak kariah dan muslimin dan muslimat yang hadir untuk beribadah dan majlis ilmu. Sebuah bangunan pentadbiran akan dibina bersama dengan sebuah tahfiz.

Infaq anda dalam bentuk kewangan amat diperlukan. Mari kita semua jayakan pembesaran masjid ini. 

()()()()()