Sunday, 2 October 2016

SPR BUKA KAUNTER DI MASJID AL-ITISAM PADA 30HB SEPTEMBER 2016








SURUHANJAYA PILIHAN RAYA - SPR telah membuka kaunter pendaftaran dan semakan untuk penduduk Taman TTDI Jaya pada 30hb September 2016 - Jumaat di perkarangan Masjid Al-Itisam. 

Kaunter ini dibukan dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang dan sambutan yang diberikan amat menggalakan sekali. 

Pelbagai lapisan masyarakat dilihat turut serta membuat semakan dengan SPR serta pendaftaran pada yang tidak pernah mendaftar. 


TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM DISURAU SAKEENAH BERJAYA

YANG BERUSAHA IR ABDUL KARIM - NASIR MASJID AL-I`TISAM sedang memberi taklimat mengenai status Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam kepada anak kariah Surau As-Sakeenah pada 28hb September 2016 - Hari Khamis selepas solat Maghrib yang dihadiri oleh anak kariah Mayang Sutera, Mayang Sakeenah dan Mayang Sastera.

" Taklimat pembesaran Masjid Al-I`tisam ini adalah perlu dilakukan berskala bagi memastikan semua anak kariah ditaman ini mengetahui akan perkembangan pembangunan pembesaran masjid kita.  Melalui kaedah berjumpa sebegini kita mahu anak kariah dapat bersama masjid untuk menjayakan pembangunan masjid. " tambah beliau.

Sebahagian dari anak kariah surau As-Sakeenah yang turut sama pada taklimat pembesaran masjid.




TEKUN & KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT dari IR Abdul Karin - Nazir Masjid.
PERCUMA : PEMBERIAN TABUNG DAN RISALAH MAKLUMAT mengenai Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam. 
SAUDARA ZULKIFLI - turut serta dalam sessi taklimat ini. 

PENERANGAN SECARA PERIBADI - dilakukan oleh Haji Khamis Timbalan Nazir dan Mohd Arpi - Setiausaha Masjid penggal 2016/2018.

KAUNTER KHARIAT KEMATIAN - HAJI MARZUKI sedia berkhidmat membuka kaunter khariat kematian untuk semakan atau pendaftaran baru. 

PEMBANTU URUSETIA - CIK HIDAYAH & RAKAN turut membantu kaunter pendaftaran Tabung Pembesaran Masjid.