Thursday, 17 March 2016

" Itu dinding kasi simen "

BERDIRI TEGUH : Kerja-kerja pembersihan kawasan sedang dilakukan sebelum menyiapkan dinding fasa 1 masjid Al-Itisam ini. Dari tapak yang kosong pada awal bulan November 2015 sehingga kini. 
BATU BATA MERAH :  " Ini minggu bata kasi simen itu dinding " kata Aslam. Taikor penyelia Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam ini. Sedikit demi sedikit rupa pembesaran masjid menjadi realiti. Setiap hari mereka ini berkerja keras. Menjelang bulan April nanti akan siap dinding pembesaran masjid ini. 

LAWAK AKSI BANGLA : Mereka ini macam kita jugak, kaki melawak. Kalau mereka tonton filem P.Ramlee alih bahasa bangla sudah tentu lagi kecoh.

Sebenarnya mereka ini gembira kerana nampak hasil keringat mereka telah menjadi kenyataan. Setiap kali sampai ditapak pembinaan untuk mengambil gambar status masjid, mereka ini akan memberi salam " Assalamualaikum boss " dan mengamit tangan tanda hormat.

" Sekarang satu dunia ada tengok muka kami semua" kata Aslam dengan bangga. Beliau telah melihat wajah mereka didalam laman sosial dan amat teruja. Orang kampong mereka di Bangladesh pun turut gembira.

Wajah-wajah hero yang tidak didendangkan. 

LAJNAH KEBAJIKAN PERLUKAN BANTUAN BARANGAN



MOHON BANTUAN :  Bantuan yang merupakan dari segi bentuk kewangan, barangan makanan seperti beras, tepung gula, minyak masak dan lain-lain amatlah diperlukan untuk mengurangkan bebanan golongan aznaf ahli qariah Taman TTDI Jaya kita. 

Segala bentuk bantuan boleh anda salurkan seperti yang terdapat disini. Mudah, ringkas & bermakna.  

Infaq mengandakan harta.