Monday 11 June 2018

MASJID ALITISAM BERGERAK KEARAH FASA 3 & 4


Sedar tidak sedar, setelah hampir 30 bulan Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam, kita sudah melangkah ke Fasa 3 & 4. * Lihat gambar diatas. 

Segala pahit, manis, masam, masin, tawar & sebagainya dirasai semasa mengharungi Projek Pembesaran Masjid ini. 

Membina rumah Allah tidak mudah apatah lagi dengan dana yang terhad, dengan ilmu yang tidak seberapa dan dengan persekitaran yang mencabar. 

Namun dengan semangat yang gigih, kerja berpasukan serta menganalisa persekitaran - diam tak diam Fasa 1 A, Fasa 1 B dan Fasa 2 telah disiapkan dan mula diduduki. 

Fasa 3 & 4 memerlukan dana sebanyak RM3.27 juta dan anggaran lagi RM3 juta untuk kerja-kerja dalaman Fasa 1. Jumlah yang diperlukan ialah RM6.27 juta sehingga kini. 

Bilakah anda mahu memberi sumbangan untuk menjayakan masjid ini? 

















If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.