Saturday 30 June 2018

SENJA DI TTDI JAYA

SENJA DI KUALA LUMPUR - lagu Broery Marantika tidak sama dengan lagu SENJA DI TTDI JAYA  walaupun kita menyanyi dengan sekuat hati di atas jambatan biru mengadap rumah Tuan Haji Abdul Jabar - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya Baru ini. 

Apa pun beberapa bahagian lokasi di taman ini sememangnya cantik & indah. 

Yang tak buat cantik ialah segelintir penduduk yang suka membuang sampah merata, buang perabut lama, tidak bayar duit sekuriti & parking kereta bersepah. 

Yang lain - kira ok la. 

JUAL PETAI & JUAL MEMPELAM




MASJID ALITISAM merupakan tempat menunaikan Solat Jumaat yang digemari ramai. Parking mudah, anak kariahnya ramah serta mesra rakyat. 

Di hadapan Masjid Alitisam pula adalah tempat yang boleh mencari rezeki.  Tidak mudah berbuat demikian pada masjid-masjid yang berdekatan dengan kita seperti Masjid DiRaja Bukit Jelutong, Masjid TUDM , Masjid An-Nur Glenmarie atau Masjid Naza di seksyen 13. 


Disini peniaga boleh "blend in " dengan suasana sekeliling. Jika ada penguatkuasa masih boleh rundingcara atau budibicara. 

Petai dijual dengan harga RM6.00 seikat dan harga menjadi RM10 untuk dua ikat. Petai sudah macam harga buah kurma Ajwa atau mungkin mahal lagi. Petai mampu mengurangkan kadar gula dalam badan serta mengharumkan tandas dirumah. Kena flush la...bukan biar macam itu.

Buah mempelam sunggoh segar - namun kepada yang menjaga paras gula - ini adalah antara buah buahan yang di larang. Tengok ambil bau sahaja. Lebih berkat & lebih sihat. 



End of story. 
 

HAJI DELI - PENIAGA SAUJANA INDAH BANTU CARI DANA MASJID



HAJI DELI BIN OTHMAN - 61 tahun , dari Kuang Selangor,  Peniaga Pasar Mingguan Saujana Indah sedang menyampaikan sumbangan peribadi termasuk sumbangan kutipan mingguan beliau ditapak niaga Pasar Mingguan hari Jumaat. 

"Hampir setiap minggu saya akan menyuruh anak saya menyampaikan kutipan serta sumbangan saya ini kepada Masjid dihadapan sana " kata Haji Deli sambil menunjukan arah masjid alitisam kita. 

"Adakalanya anak saya memberi kepada Ustaz yang tinggi itu ( Ustaz Syahidee ) adakalanya anak saya masukan kedalam tabung masjid hasil kutipan dan sumbangan kami " katanya dengan bersunggoh sunggoh.  

Wajahnya begitu ceria menerima kunjungan saya serta mempelawa saya minum jualan beliau pada hari itu. 

"Saya berdoa agar dipermudahkan urusan tuan dalam membina rumah allah ini " ujar beliau. "Insyallah pada masa masa akan datang saya cuba bantu lagi "katanya dalam sesi perbualan ringkas. 

Semuga Allah swt beri kesihatan yang baik pada Haji Deli Bin Othman dan murahkan rezeki perniagaan beliau sekeluarga. Insyallah. Amiin. 












End of story.  


If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

Friday 29 June 2018

IKLAN WHATSAPP SETIAP KHAMIS/JUMAAT

IKLAN WHATSAPP MINGGUAN- ini akan mula tular didalam WhatsApp Komuniti Penduduk Taman TTDI Jaya iaitu dalam WhatsApp Kariah, Komuniti Mayang Sakeenah, Surau Sakeenah dan inividu persaorangan , kenalan dan sahabat.

Objektif utama iklan cyber begini ialah untuk memberi update status Pembangunan Pembesarn Masjid Al-I`tisam Taman TTDI Jaya. Terdapat gambar terkini pembesaran masjid ini.

Objektif seterusnya ialah memberi peluang untuk individu atau syarikat syarikat untuk menginfaq @ derma kepada Dana Kompleks Islam Al-Itisam pada akaun Maybank 5624-7813-0016  seperti yang tertera didalam iklan tersebut.

Peranan saudara atau saudari untuk mencari ganjaran dari Allah swt mudah sahaja - beri sedikit sumbangan atau tularkan mesej ini kepada rakan-rakan saudara yang lain. Mudah bukan?

Melalui kaedah pengiklanan begini - ianya mudah, ringkas, efektif dan pantas.

Kita mendapat feedback yang paling jauh iaitu dari Ampang - iklan pada 6hb Jun 2018 dan mendapat sumbangan beberapa hari kemudian melalui Maybank2U.

Jazakallah kepada yang memberi sumbangan - juga Jazakallah kepada yang bantu TULAR aka VIRAL pesanan ringkas WhatsApp ini.


Wassalam. 

Thursday 28 June 2018

DUA JENTOLAK SATU LORI RATAKAN TAPAK TAHFIZ LAMA






























DUA MESIN BERAT DAN SATU LORI - ditugaskan untuk meratakan saki baki bangunan tahafiz di hadapan Dewan Solat Utama Masjid Alitisam Taman TTDI Jaya.

Bahan bahan buangan besi buruk, dihidu cepat oleh `scrapmetal warriors` yang dengan cepat hadir dilokasi untuk menawarkan harga.

Dijangkakan tidak kurang dari 10 lori diperlukan untuk membuang batu-batu yang terdapat disini.

Kerja mengikut progres yang positif untuk lokasi tapak Tangki Air besar. Kerja-kerja board hoarding juga sedang rancak berjalan.

Gambar-gambar ini merupakan bahan sejarah dalam beberapa tahun lagi.

 












If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

Wednesday 27 June 2018

MAAHAD AL-ITISAM SUDAH ROBOH

TINGGAL KENANGAN - TAPAK TAHFIZ MAAHAD AL-ITISAM LITAHFIZI AL-QURAN DI MASJID ALITISAM - telah di robohkan peringkat demi peringkat. 

KAWASAN TANGKI AIR - luas kawasan ini ialah untuk tangki air Masjid Al-Itisam. 


KUAT HENTAM - memerlukan kudrat yang kuat untuk kerja-kerja merobohkan ini. 

TINGGAL BATU SAHAJA - TIDAK SAMPAI BEBERAPA HARI SEMUA SELESAI. 



TEMBOK PAGAR YANG AKAN DI ROBOHKAN - menanti hari. 
MASIH KUKUH BERDIRI - Pokok yang mati ini masih kukuh berdiri tidak mahu menyembah bumi. 

Monday 25 June 2018

MITSUBISHI TRITON TERBALIK DI JALAN UTAMA

KEMALANGAN SEBUAH PANCUAN EMPAT RODA PICK-UP MITSUBISHI TRITON terbabas dan melangar pembahagi jalan lalu terbalik pada 25hb Jun, 2018 sekitar jam 3.00 petang di Jalan TUDM Subang berhampiran dengan Monfort Boys School.

Kemalangan ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas hampir tiga jam kerana kenderaan ini terbalik dipertengahan jalan.

Pihak bomba mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit didalam kereta tersebut.

Mangsa dilapurkan cedera dan dikejarkan ke hospital Shah Alam dengan ambulan. 




SAUDARA JALAINI - ORANG PERKASA MAYANG SAKEENAH sedang menghulur bantuan kepada pihak Bomba dalam kemalangan ini. 

PERIHATIN - seorang yang berjiwa murni . 

RAMAI YANG TURUT HADIR - memeriahkan suasana dijalanraya. lebih kepada mensesakan lagi jalanraya. 



TUMPAHAN MINYAK DIJALANRAYA SERTA HUJAN RENYAI - menambahkan risiko kepada penguna jalanraya dikawasan kemalangan ini. 


















If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.