Saturday 30 June 2018

HAJI DELI - PENIAGA SAUJANA INDAH BANTU CARI DANA MASJID



HAJI DELI BIN OTHMAN - 61 tahun , dari Kuang Selangor,  Peniaga Pasar Mingguan Saujana Indah sedang menyampaikan sumbangan peribadi termasuk sumbangan kutipan mingguan beliau ditapak niaga Pasar Mingguan hari Jumaat. 

"Hampir setiap minggu saya akan menyuruh anak saya menyampaikan kutipan serta sumbangan saya ini kepada Masjid dihadapan sana " kata Haji Deli sambil menunjukan arah masjid alitisam kita. 

"Adakalanya anak saya memberi kepada Ustaz yang tinggi itu ( Ustaz Syahidee ) adakalanya anak saya masukan kedalam tabung masjid hasil kutipan dan sumbangan kami " katanya dengan bersunggoh sunggoh.  

Wajahnya begitu ceria menerima kunjungan saya serta mempelawa saya minum jualan beliau pada hari itu. 

"Saya berdoa agar dipermudahkan urusan tuan dalam membina rumah allah ini " ujar beliau. "Insyallah pada masa masa akan datang saya cuba bantu lagi "katanya dalam sesi perbualan ringkas. 

Semuga Allah swt beri kesihatan yang baik pada Haji Deli Bin Othman dan murahkan rezeki perniagaan beliau sekeluarga. Insyallah. Amiin. 












End of story.  


If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

No comments: