Saturday, 12 March 2016

STATUS TERKINI PEMBESARAN MASJID ALI-TISAM

GAMBARAN SEBENAR. Ekspresi wajah menceritakan segalanya. Kita terdedah kepada segala kemungkinan unsur bahaya. 

PERKONGSIAN CERITA LUCU :  Orang kuat pembesaran masjid Tuan Zulkifli & Chief Aslam terbincang perkara yang lucu di tapak pembinaan

HALA MASING-MASING : Pembersihan kawasan berjalan dalam berperingkat. 





TIANG-TIANG SANDARAN : Apabila melihat akan tiang, teringat seorang sahabat yang seringkali mencari tiang-tiang kosong sesama mengikuti ceramah atau tazkirah ugama. 

BERDIRI GAGAH : Kukuh bangunan pembesaran masjid kita ini. Sejuk hati. Tiada dapat digambarkan keseronokan. Kita konsi bersama kejayaan ini. Insyallah. 


Gambar sehingga 10hb March, 2016

BERIYANI AWIE MEMANG POWER..!



BERIYANI TERBAIK DI TTDI JAYA. Manusia pelbagai citarasa, ragam, budaya, adat resam dan segala perbedaan.

Ada yang suka masakan siam, nogori den, pantai timur, india, timur tengah, bakso, tempe dan sebagainya.

Tetapi yang paling istimewa pada pandangan peribadi saya ialah Beriyani Awie.  Ini merupakan masakan dari Batu Pahat  yang terhebat di taman kita. Apatah lagi Beriyani Kambing.

Bak kata perpatah, " Jikalau kita makan Nasi Beriyani Kambing Awie ini, mak mertua lalu belakang pun kita tak nampak! " Hakikatnya memang betul. 


Yang mak mertua lalu belakang tu buat apa? Memanglah tak nampak! Kita tidak mempunyai mata di belakang kepala.

Antara faktor kejayaan pengusaha restoren ialah kecekapan dan kecepatan untuk ambil pesanan dan hantar pesanan.

Pesan makanan lain dan yang datang pula lain adalah resepi kehancuran. Tunggu lama untuk dihidang, maka menanti hari sajalah restoren ini.


Industri permakanan tidak boleh diambil mudah. Cukup hanya sehelai bulu mata didalam makanan yang dipesan,  telur lipas didalam Leng Chee Kang atau makanan dah habis dan air yang dipesan tidak kunjung tiba - maka akan menanti hari keupayaan bertahan. 

Rasanya masyarakat kita masih prejudis dengan pelayan dari negara yang tertentu. Mungkin disebabkan oleh prasangka yang tidak baik dari segi kebersihan penyediaan makanan.

Taman kita mempunyai 12,000 penduduk. Jika layanan yang diberikan kurang memuaskan maka mudah tersebar berita.

Restoren Beriyani Awie sudah beroperasi lebih dua tahun. Formula dia betul dan dia mampu bertahan. 

Faktor kejayaan beliau terletak ditangan dia yang mampu mengurus dengan baik dan pemahaman masyarakat tempatan didalam industri ini. 

Cuba dulu - kemudian komen. 




Nota : 
Penulis tiada saham atau kepentingan didalam Restoren Beriyani Awie. No free lunch.