Saturday 23 April 2016

TAKLIMAT FOKUS GROUP MAMPU BANTU CARI DANA MASJID AL-ITISAM


PRIHATIN & SEDIA : IR Karim Nazir Masjid memberi taklimat khusus kepada Fokus Group ini. 

TAKLIMAT OLEH IR KARIM - NAZIR MASJID AL-ITISAM 2016-2018. Sedia memberi taklimat serta berkongsi idea mengenai cara mendapatkan dana pembesaran Masjid Al-Itisam. 


DR HAJI WAN RAMLI BEGITU MENGAMBIL BERAT : 

KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT : 
LIMA SEKAWAN :  Mereka Lima Sekawan ini akan berusaha merealisasikan Pembesaran Masjid ini dengan jayanya - mereka komited.  Insya-Allah. 
AYAHANDA TUAN  USTAZ HAJI SUJAK TERHARU :  Sunggoh terharu Ayahanda Ustaz melihat akan pembesaran masjid ini. Ayahanda sentiasa berdoa agar semua berjalan seperti yang dirancangkan. 

BERTANYA MENGENAI STATUS BUMBUNG : Insya-Allah genting bumbung akan siapa sepenuhnya dalam 14 hari dari sekarang. 


Tuan Haji Abdul Jabar Kasim telah menyerahkan derma sebanyak RM10,000.00 kepada Tabung Dana Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Tuan Haji Khamis Timbalan Nazir Masjid Al-I'tisam dikawasan tapak pembesaran Masjid Al-I'tisam.


" Derma saya ini adalah tulus ikhlas untuk Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Sesunggohnya pihak AJK Dana Pembesaran Masjid telah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tugasan mereka. Kita hendaklah membantu menjayakan Projek Pembesaran ini " kata Tuan Haji Abdul Jabar Kasim.

" Insya-Allah dengan kerjasama semua , kita mampu menjayakan Projek Pembesaran ini ", tambah beliau.





MENGINDAHKAN MASJID MELALUI LANSKAP

TANAH KERAS. Kerja-kerja membuat tembok batu untuk kawasan lanskap dihadapan masjid. Kerja ini nampak mudah tetapi memerlukan pengawasan yang teliti. Ini semua untuk pembesaran masjid kita yang indah ini. 

TENAGA KEDERAT : Dengan batu bata yang keras serta sampah yang entah datang dari mana, ini merupakan satu cabaran untuk kerja-kerja mengindahkan kawasan. 

LANGKAP YANG INDAH DIIMPIKAN : Jika ada pakar lanskap yang mahu infaq tenaga serta kepakaran boleh hubungi pihak masjid untuk usrusan selanjutnya. Kita amat berharap siap sebelum bulan ramadhan nanti.  

PENGOTOR! Semuga mereka ini faham akan definasi mencemarkan keadaan serta pengumpulan barangan recycle di muka hadapan masjid kita.