Saturday 23 April 2016

TAKLIMAT FOKUS GROUP MAMPU BANTU CARI DANA MASJID AL-ITISAM


PRIHATIN & SEDIA : IR Karim Nazir Masjid memberi taklimat khusus kepada Fokus Group ini. 

TAKLIMAT OLEH IR KARIM - NAZIR MASJID AL-ITISAM 2016-2018. Sedia memberi taklimat serta berkongsi idea mengenai cara mendapatkan dana pembesaran Masjid Al-Itisam. 


DR HAJI WAN RAMLI BEGITU MENGAMBIL BERAT : 

KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT : 
LIMA SEKAWAN :  Mereka Lima Sekawan ini akan berusaha merealisasikan Pembesaran Masjid ini dengan jayanya - mereka komited.  Insya-Allah. 
AYAHANDA TUAN  USTAZ HAJI SUJAK TERHARU :  Sunggoh terharu Ayahanda Ustaz melihat akan pembesaran masjid ini. Ayahanda sentiasa berdoa agar semua berjalan seperti yang dirancangkan. 

BERTANYA MENGENAI STATUS BUMBUNG : Insya-Allah genting bumbung akan siapa sepenuhnya dalam 14 hari dari sekarang. 


Tuan Haji Abdul Jabar Kasim telah menyerahkan derma sebanyak RM10,000.00 kepada Tabung Dana Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Tuan Haji Khamis Timbalan Nazir Masjid Al-I'tisam dikawasan tapak pembesaran Masjid Al-I'tisam.


" Derma saya ini adalah tulus ikhlas untuk Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Sesunggohnya pihak AJK Dana Pembesaran Masjid telah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tugasan mereka. Kita hendaklah membantu menjayakan Projek Pembesaran ini " kata Tuan Haji Abdul Jabar Kasim.

" Insya-Allah dengan kerjasama semua , kita mampu menjayakan Projek Pembesaran ini ", tambah beliau.





No comments: