Saturday 25 March 2017

TANGAN HIJAU HAJI YUSOF MUSTAFA




DIAM TAK DIAM TUAN HAJI YUSOF MUSTAFA telah menceburi didalam bidang pertanian. Beliau dengan jayanya telah menanam beberapa pokok buah-buahan yang eksotika dikawasan rumahnya dengan jayanya.

Antara kegemaran beliau ialah menanam pokok buan Tin, Roselle, Misai Kucing, Pokok Rama-rama, pokok pisang , sayuran dan pelbagai lagi.

Dengan jiwa yang tenang lagi tenteram di taman yang harmoni dengan penduduk yang berbilang kaum, beliau tidak pernah lokek berkongsi pengalaman serta tips-tips bagaimana untuk menjaga pokok-pokok ini.


Terdapat juga sayuran seperti  pakchoy, sawi, kailan, kangkung, bayam kijau dan merah, kajang panjang, terung, petola, tomato, bende, lada hijau dan merah, chili padi, kacang boto, pucuk berbuas, daun gajus  juga ditanam oleh Haji Yusof Mustafa.

Tanaman lain seperti  tanaman masakan seperti pandan, kunyit, lengkuas, serai, belimbing buluh, ubi, limau purut, limau kasturi dan sebagainya.

Tidak ketinggalan terdapat tanaman herbal untuk berbagai penyakit seperti belalai gajah, daun rama-rama, misai kucing, daun bidara, daun salam, mulberry, peraga, daun pudina, buah tin, pokok delima dan lain lain.

Pokok  pokok buah seperti  nangka, durian belanda, kelapa muda, sukon, beranika pisang seperti pisang emas, pisang tanduk, pisang kapas, pisang raja, pisang monyet, pisang nipah mewarnai tanaman yang dihasilkan beliau. 

Beliau yang tinggal di Mayang Sakeenah hanya beberapa langkah ke Surau As-Sakeenah mengalu-alukan penduduk yang mahu berkongsi idea bersama.