Friday, 5 August 2016

KEMERIAHAN BULAN MERDEKA


MENJAGA LANGKAP DENGAN JUJUR IKHLAS. Pakar pelakon filem Diwale memang ramai dikalangan pendatang disini. Untuk mendapatkan sesuatu mereka mampu menari sambil menyanyi - last sekali pokok pun tak siram & rumput liar menjalar sihat. 
Abang Lah sentiasa ringan tangan - tetapi perlu di kawal selia. Pemahaman mereka ada sedikit kurang daripada kita. Biasalah kita pun sedemikian bila berada di luar negara. 

Abang Lah  @ Bangla  sentiasa ringan tangan untuk membantu mengantung Jalur Gemilang dan Jalur Cemerlang di kawasan pagar Masjid Al-Itisam. Beliau tidak menantikan upah - cuma tanya ada T-Shirt lebih ka. 

MAMPU SENYUM DALAM TERIK MATAHARI.
Mereka ini bangga dapat berkhidmat bagi menjayakan pembinaan Masjid Al-I`tisam Taman TTDI Jaya ini. Datang dari jauh  negara Bangladesh  dengan segala kekurangan amat bersyukur berada disini. 

PAKAR JERIJI : Meneliti dia menjalankan tugasan kerja sejak dari bulan Januari 2016 - saya berpendapat beliau adalah pakar jeriji serta tidak takut akan ketinggian. 

STATUS SEHINGGA 3HB OGOS 2016 - Bangunan Pentadbiran yang begitu giat pesat untuk disiapkan. 


JELMAAN INDAH SETIAP KETIKA. Kepuasan hati apabila memandang akan pembangunan ini. 

MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH AMANAH




KITA HARUS BERSYUKUR. Kita punyai pekerjaan. Setiap bulan ada imbuhan gaji. Dua pegawai ini sedang bermesyuarat di tapak lokasi Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam. 

Tiada penghawa dingin. Tiada kerusi empok. Semua bersifat mobile. Bergerak kemana arah tujuan. Janji kerja siap dan tepat. 

Pembangunan Masjid Al-I`tisam dikawal selia oleh mereka. Meneliti segala keperluan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan ini siap pada waktu yang ditetapkan. 

Inilah Hero & Heronita yang tidak di dendangkan. Di sebalik tabir. Di dalam hal ini disebalik rumah kongsi. 

Tabik hormat.