|
KAPITAN HALIM memberi isyarat Thumbs-Up diatas makanan yang sedap sedap belaka. Manakala gambar dibelakang punyalah sedap makanan sehingga menjilat jari. |
|
BILA DAH PAKAI LAWA LAWA - apa lagi Selfie la untuk upload Instagram, FB, Weechat, Telegram dsb. |
|
TIDAK CUKUP RUANG RONGGA MULUT UNTUK MASUKAN MAKANAN- punyalah sedap makanan hari ini. |
|
SAUDARA AZIZAN - Sedondon dengan warna tudung meja. Ada sedikit kesukaran untuk mencari beliau sebab warna serupa. |
SAUDARA AZIZAN DENGAN MURAH HATI & MURAH JANTUNG TELAH menganjurkan satu majlis Rumah @ Dewan Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri pada 7hb Julai yang lalu.
Suasana sungguh meriah, teratur dan begitu bergaya. Banyak makanan yang sedap-sedap belaka. Semua ada. Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Siam, Laksa New Zealand pun ada.
Nasi Briani Awie yang tersangat instimewa pun ada. Segala macam kueh melayu pelbagai warna turut ada.
Sunggoh meriah! " Jika didalam dewan ini diletakan sebuah pelamin, maka tidak salah ianya merupakan satu majlis walimatulurus " kata seorang pengunjung sambil tersenyum.
Apapun tahniah diucapkan kepada Saudara Azizan semuga Allah swt murahkan rezeki anda serta beri kesihatan yang baik .
Terima kasih diatas jemputan.
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks.
PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM -
MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.