Thursday 30 March 2017

DINDING PAPAN SUDAH DIBUKA 28HB MARCH 2017














DATARAN AL-ITISAM SUDAH DIBUKA PADA 28HB MARCH 2017 - Pejam-pejam celik, terpapar indah Dataran Al-Itisam yang bakal menjadi gedung ilmu pada anak kariah tempatan.

Insya-allah 2hb april nanti Hari Amal Mesra 2017 akan memenuhi lokasi ini. 

Sunday 26 March 2017

TASKFORCE MAYANG SAKEENAH SENTIASA PROAKTIF




TASKFORCE MAYANG SAKEENAH YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA JAILANI OF LONDON SERTA DIBAYANGI OLEH SAUDARA GORBACAN tidak pernah kering idea untuk mencantikan kawasan Mayang Sakeenah.

Pada 24hb March yang lalu, Ketua Taskforce Saudara Jailaini bersama dengan jawatankuasa mereka mengambil kata sepakat untuk membuat "polard " akan cantas pokok besar di hadapan pintu masuk utama Mayang Sakeenah.

Dengan sifat yang peramah, peka akan kehendak penduduk setempat serta pro-aktif, Taskforce ini telah berjaya mencantikan kawasan pintu masuk pengawal. Pondok keselaamatan juga diwarnai oleh warna ceria bahagia. 


Sampah-sampah serta pokok-pokok yang ditanam oleh warga asing telah di hiasi dengan tanaman poko yang ceria senyuman.

Taskforce ini juga telah menyusun atur strategi yang effektif dan telah melangsaikan hutang lapuk kawalan perkhidmatan yang lalu.

Sifat kepimpinan sebegini amat disenangi penduduk malah menyokong penuh segalaa aktiviti bagi menambah baik suasana harmoni Mayang Sakeenah.

Tahniah Saudara Jailani.

DATARAN AL-ITISAM MULA MEMBENTUK










DISEBALIK RIUH RENDAH PAPAN DINDING MASJID AL-ITISAM - kerja-kerja menyiapkan DATARAN AL-ITISAM sedang pesat dijalankan .

Kerja-kerja simen dikawasan ini dijalankan dengan begitu teliti sebagai ruang solat tambahan bagi keselesaan anak kariah apabila kerja-kerha FASA 1B akan dimulakan.

Jangkaan FASA 1B ini akan dimulakan selepas bulan ramadhan bagi memastikan anak kariah tempatan dapat melaksanakan solat Tarawikh dalam keadaan selesa dan aman.

Dalam masa yang sama Masjid Alitisam masih kekurangan dana untuk menyiapkan projek pembesaran ini.

Sokongan anda secara material, wang ringgit, penyebaran maklumat, tenaga serta doa yang ikhlas dapat membantu sedikit sebanyak bagi menjayakan projek pembesaran ini.

Hulurkan bantuan anda terus kepada
' DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM "
MAYBANK : 5624-7813-0016
Talifon : 03-7832-7876 Waktu Pejabat

Sumbangan akan walaupun sedikit akan membantu pihak Urusetia Masjid Al-Itisam.

Saturday 25 March 2017

TANGAN HIJAU HAJI YUSOF MUSTAFA




DIAM TAK DIAM TUAN HAJI YUSOF MUSTAFA telah menceburi didalam bidang pertanian. Beliau dengan jayanya telah menanam beberapa pokok buah-buahan yang eksotika dikawasan rumahnya dengan jayanya.

Antara kegemaran beliau ialah menanam pokok buan Tin, Roselle, Misai Kucing, Pokok Rama-rama, pokok pisang , sayuran dan pelbagai lagi.

Dengan jiwa yang tenang lagi tenteram di taman yang harmoni dengan penduduk yang berbilang kaum, beliau tidak pernah lokek berkongsi pengalaman serta tips-tips bagaimana untuk menjaga pokok-pokok ini.


Terdapat juga sayuran seperti  pakchoy, sawi, kailan, kangkung, bayam kijau dan merah, kajang panjang, terung, petola, tomato, bende, lada hijau dan merah, chili padi, kacang boto, pucuk berbuas, daun gajus  juga ditanam oleh Haji Yusof Mustafa.

Tanaman lain seperti  tanaman masakan seperti pandan, kunyit, lengkuas, serai, belimbing buluh, ubi, limau purut, limau kasturi dan sebagainya.

Tidak ketinggalan terdapat tanaman herbal untuk berbagai penyakit seperti belalai gajah, daun rama-rama, misai kucing, daun bidara, daun salam, mulberry, peraga, daun pudina, buah tin, pokok delima dan lain lain.

Pokok  pokok buah seperti  nangka, durian belanda, kelapa muda, sukon, beranika pisang seperti pisang emas, pisang tanduk, pisang kapas, pisang raja, pisang monyet, pisang nipah mewarnai tanaman yang dihasilkan beliau. 

Beliau yang tinggal di Mayang Sakeenah hanya beberapa langkah ke Surau As-Sakeenah mengalu-alukan penduduk yang mahu berkongsi idea bersama.



Thursday 23 March 2017

DATARAN AL-ITISAM SEDANG DISIAPKAN















INSYALLAH dalam sedikit masa lagi 
DATARAN AL-ITISAM akan dapat disiapkan. Alhamdullilah. 

JAGA LEMBU OLEH GEMBALA LEMBU DI SUNGAI DAMANSARA



Hampir 80 ekor lembu sedang meragut rumput di tebing Sungai Damansara berhampiran dengan Masjid Al-Itisam semalam.

Lembu lembu ini dikawal rapi oleh gembala lembu George Gopal ( bukan nama sebenar ) dengan relaks menjaga lembu.

Suasana yang amat nyaman dan tenteram.