Wednesday, 13 January 2016

STATUS PEMBESARAN MASJID AL-I`TISAM 13/1/2016


LAKARAN PEMBESARAN MASJID AL-I`TISAM : Ini adalah lakaran visual bangaimana rupa masjid apabila siap nanti. Ianya mampu memberi keselesaan kepada kariah tempatan dalam urusan ibadat dan kebajikan. Bersamalah untuk menjayakan projek pembesaran masjid ini. Sumbangan anda amat dihargai. 

LUBANG JERUCUK : Sebahagian dari tiang utama telah digali , disimen dan piling untuk tujuan binaan. 

TOK BATIN BINAAN :  Big Chief aka Tok Batin @ Orang Kuat Mohd Aslam sedang memeriksa kawasan persekitaran tapak pembinaan.   

LUBANG JERUCUK FASA SATU:  Pembesaran masjid sedang melalui fasa satu pembinaan dimana lubang-lubang jerucuk binaan telah digali serta diawasi dengan teliti oleh jurutera binaan.  

TIANG KONKRIT LAMA : Beberapa tiang konkrit lama telah dikorek dan akan dikitar semula melalui proses binaan tertentu. 

LUBANG DALAM UNTUK KONRIT : Begini rupa kedalaman lubang konkrit yang dalam binaan. Ini merupakan beberapa lubang tiang asas pembesaran masjid. Spesifikasi ini merupakan kehendak jurutera binaan untuk memastikan pembinaan kukuh.

TOK BATIN @ BIG CHIEF aka KEPALA UTAMA :  Mohamad Aslam merupakan Big Chief di tapak pembinaan ini. " Terdapat 22 orang yang berkerja di tapak ini. Kami berkerja dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang. Adakalanya sehingga 7.00 malam. Waktu rehat kami pada waktu zohor untuk makan tengahari " kata Mohamad Aslam.

Beliau mengawasi kerja-kerja binaan semua pekerja dari segi teknikal,  pengurusan pekerja, keselamatan pekerja, rujukan masa pembinaan serta aspek-aspek lain di dalam pembinaan pembesaran masjid ini. 

HERO YANG TIDAK DI DENDANGKAN - THE UNSUNG HEROES : Jauh dari perantauan, mencari rezeki yang halal, mereka ini amat bersyukur dapat mencurahkan bakti di dalam pembinaan pembesaran Masjid Al-I`tisam ini.

" Mereka ini amat gembira dapat berkerja disini untuk menjayakan pembesaran Masjid Al-I`tisam. Jawatankuasa yang menjaga amat mengambil berat terhadap perkerja disini. Segala kemudahan makan, minum, tempat tinggal serta tempat beribadat semuanya di awasi dengan baik " ujar Mohamad Aslam.  

KERJA KUAT : Panas terik & hujan tidak menghalang perkerja asing yang majoritinya dari Bangladesh berkerja dengan bersunggoh. 

SUDAH BIASA KERJA DALAM PANAS TERIK :  Setakat tinggi ini punya tanah , tiada halangan. Petang esok sudah boleh settle. Posing maut pekerja ini. Aspek keselamatan juga dititik beratkan dengan memakai safety boot & safety hat. 

RANCAK BERJALAN:  Jentolak berat digunakan untuk mempercepatkan urusan menanam jerucuk binaan serta mengorek lubang jerucuk. 

ANDA INGIN MENYALURKAN DERMA ? : Sokongan anda amat diperlukan untuk menjayakan pembesaran masjid ini. Kata perpatah melayu ," Kecil tapak tangan baldi jentolak kami tadahkan ".  


Saudara boleh menderma disini. 

Nama akaun: Dana Kompleks Islam Al-I`tisam
Maybank : 5624-7813-0016
Bank Islam : 1203-8010-1086-47

www.alitisam.my

Talifon : 03-7832-7876 - Pejabat Masjid

Nota : Gambar diatas ini diambil pada 12hb Januari 2016.
 


***


Segala pertanyaan, maklum-balas, komen dsb email kepada : adinoor@yahoo.com