Sunday, 4 September 2016

PROGRAM POLITEKNIK SHAH ALAM INCUBATOR IN SOCIAL ENTREPRENEURSHIP BERJAYA PUPUK SEMANGAT USAHAWAN

PEMENANG USAHAWAN TERBAIK - bergambar kenangan. 



PUAN HAJJAH AMIDAH BINTI MOHD UJANG - TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH :  

" PSA Incubator in Social Entrepreneurship adalah bertujuan untuk memberi sumbangan perkhidmatan kepada masyarakat setempat sekaligus memperkenal dan mempraktikan aktiviti keusahawanan di kalangan peserta inkubator PSA kepada komuniti setempat. " 

TUAN HAJI MOHD GHAUS BIN AB KADIR - TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK . 

"  Sistem pendidikan tinggi Malaysia telah melalui pelbagai proses transformasi supaya sentiasa relevan dan berdaya saing seiring dengan persaingan global. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 ( pendidikan Tinggi ) atau PPPM (PT) pada 7hb April 2015 telah mengariskan 10 lonjakan asas.

Antaranya ialah menyemai minda keusahawanan dalam seluruh sistem pendidikan tinggi dan mewujudkan ekosistem pendidikan tinggi yang kondusif bagi melahirkan 'penjana pekerjaan" dan bukan sahaja 'pencari pekerjaan" di kalangan lulusan IPT ". 

SEBAHAGIAN DARI PELAJAR PSA DI DEWAN BUNGA KERTAS TAMAN TTDI JAYA SHAH ALAM SELANGOR. 4hb September 2016.

AKTIVITI PELAJAR USAHAWAN . Mencari minyak masak lusoh. 

KERJA BERPASUKAN : Melepasi jurang keusahawanan yang tinggi dan tekun. 



GIGIH & GAGAH : Mahasiswa yang gigih serta berkemampuan tinggi bakal menerajui negara. 

PENUH KESOPANAN : Memberi salam pada temu-janji yang telah dibuat. 

AKTIVITI KEBUN : Tenaga muda yang kuat dan kukuh.


Tahniah - tenaga pengajar PSA. Program seperti ini akan matang dan berjaya pada tahun-tahun berikutnya. Komuniti Taman TTDI Jaya akan sentiasa menyokong usaha murni untuk generasi pelapis bangsa.