Friday, 22 June 2018

NURIZZATI & IQBAL FAHIM SUDAH BERTUNANG !

ROMBONGAN MEMINANG DARI PIHAK LELAKI TIBA PADA TEPAT WAKTU - disambut oleh Tuan Ahmad Zaki & keluarga di Jalan Malim U2/6 Mayang Sakeenah, Taman TTDI Jaya Shah Alam Selangor. 

TAMPAN & SEGAK ORANGNYA - AHMAD IQBAL FAHIM BIN AHMAD KHALIL-29 tahun ,  rombongan dari Terenganu.

MEMBAWA 5 BEKAS HANTARAN & SEBUAH HARAPAN YANG SATU - Rombongan jauh datang dengan harapan memetik bunga ditaman. 

PENUH ADAT RINGKAS DAN TERATUR - Rombongan duduk untuk aturcara majlis yang seterusnya. 

INDAH BELAKA & HATI YANG IKHLAS - bukan tujuh dulang emas, tujuh tempayan air mata atau tujuh jenis beg tangan Hermes Birkin. Ringkas setulus hati. Sesuci cinta sang kumbang untuk memetik bunga di taman. 

ORANG KUAT AHMAD ZAKI TUAN RUMAH - Orang Jubah Hitam @ Haji Abdul Jabar - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya Baru * majlis ini tiada di bekalkan mikrofon - malang sunggoh :-(  ,  Orang Jubah Putih  @ Ayahanda Ustaz Haji Sujak & Orang Baju Melayu Hijau @ Mr Jalaini Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah aka Tuan Punya Pondok Talipon London. 

Duduk berihat diatas titi
Segar udara putihnya awan
Besar Hajat didalam hati
Memetik bunga ditaman tuan.


*
Pantun dari ayahanda rombongan lelaki. 

AYAHANDA AHMAD KHALIL - tersenyum lega peminangan anak lelakinya Ahmad Iqbal Fahim  diterima oleh keluarga Ahmad Zaki untuk bertunang dengan Nur Izzati Azyan. Berat Seketul Batu giling diatas bahu sudah tiada. 

SEBENTUK CINCIN BERLIAN, SEKAPUR SIREH & SEULAS PINANG - penyeri adat melayu dalam majlis pertunangan yang serba indah ini. 

KEDUA DUA AYAHANDA SEDANG DIRECT NEGO - urusan seterusnya, hantaran, mas kawin, duit belanja, tarikh dan segala urusan majlis perkahwinan anak mereka. 

COLLECTIVE AGREEMENT TELAH DICAPAI - Tuan rumah Ahmad Zaki sentiasa cool & in total control kekacakan dan bergembira menerima bakal menantu lelaki. 



SARUNG CINCIN - ikatan Pertunangan secara rasmi kedua belah pihak. 

SEMUA GUMBIRA - Majlis berjalan lancar, teratur dan indah belaka. 

MOMENT OF HAPPINESS - dua ayahanda, dua bonda dan dua bakal pengantin mengabadikan detik detik indah di majlis pertunangan pada hari ini 22hb Jun 2018.

TAHNIAH TUAN AHMAD ZAKI & ISTERI SERTA TUAN AHMAD KHALIL & ISTERI. 

BARU LEGA NAK MAKAN - Ahmad Iqbal Fahim yang sudah bertunang sebentar tadi menjamu selera dengan penuh penhayatan. 

BURUNG DALAM TAMAN - bunyi kicauan burung yang menyerikan majlis pertunangan hanya sejengkau jari dari permandangan. 

ORANG BERILMU TINGGI - hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang mampu membuatkan burung-burung bersarang tanpa sangkar. Ahmad Zaki sedang berkata-kata sesuatu dalam bahasa burung kepada anak-anak burung ini. Bunyi macam bahasa dedak burung.