Saturday, 9 January 2016

SUNGAI AIR KUNING & SUNGAI DAMANSARA


SUNGAI AIR KUNING : Terdapat dua batang sungai yang memagari Taman TTDI Jaya ini. Sungai yang utama ialah Sungai Damansara yang terdapat dua buah jambatan dibina merentasi sungai ini.

Manakala Sungai Air Kuning berada di belakang Surau As-Sakeenah.  
SESUAI DENGAN NAMA: Bersesuaaian dengan nama - Sungai Air Kuning sememangnya berwarna kuning air sungai ini. Gambar diatas merupakan gambar yang diambil berhampiran dengan Kuil Hindu arah Space U8.

Dengan semak samun sebegini semestinya banyak habitat binatang seperti ular, biawak, unggas, ikan dan sebagainya


SUNGAI AIR KUNING : Seindah nama yang diberi sememangnya air sungai ini berwarna kuning. Pertemuan dua Sungai Air Kuning dan Sungai Damansara berhubung di penhujung rumah mewah di Mayang Sutera.

Sungai ini tidak begitu lebar seperti Sungai Damansara dan tidak sekotor Sungai Damansara yang menjadi tempat peembuangan sampah penduduk tempatan secara bersahaja. 

SUNGAI DAMANSARA : Apa yang terjadi kepada papan nama Sungai Damansara ini menjadi misteri nusantara taman kita.

Signage ini jauh dari jalanraya, jauh dari tempat letak kereta atau motosikal. Bagaimana ianya boleh rosak sedemikian rupa tiada lain melainkan kerja vandalisma atau langgar lari. 
SEWAKTU SENJA : Masyarakat tempatan tidak peka dengan habitat disekeliling kawasan perumahan TTDI Jaya . Terdapat banyak habitat disungai ini yang mampu anda tersenyum seolah berada di rancangan Nat Geo.

Lihat akan seekor burung bangau putih mencari makan di dalam sungai ini. pada waktu senja. Kedalaman Sungai Damansara dipercayai hanya pada paras kaki burung bangau sahaja.
SUNGAI DAMANSARA TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH :  Penduduk taman ini harus mempunyai sifat 'Cintai Sungai Kita " - jika anda mempunyai masa yang terluang bersedia dengan camera ada kemungkinan besar anda dapat merakamkan bagaimana sesaorang itu mencampakan bungkusan sampah melalui jambatan dengan bersahaja.

Tong sampah banyak disekitar taman, Alam Flora setiap dua hari akan membuat laluan mengutip sampah tanpa jemu - sungai juga menjadi pilihan pada manusia spesis yang kurang cerdik ini. 

MYVI BIRU BUANG SAMPAH DALAM SUNGAI DAMAANSARA: Kenderaan yang dipercayai membuang sampah kedalam Sungai Damansara. Mungkin dia ini tidak mendapat markah yang baik didalam mataapelajaran sivik semasa sekolah menengah dahulu.