Thursday 21 January 2016

VAN INI APA CERITA ?




Milik siapakah van putih ini ? Van ini sudah tersadai di Jalan Hikayat U2/9 sudah lebih sebulan - sejak bulan Disember 2015. 

Van besar gedabak size anak dara gajah ini cermin hadapan dan belakang pecah , tayar pancit dan berkarat. Ianya sedikit menghalang lalu-lintas kerana di pakir di kepala jalan. 

Pedih mata kerana setiap hari melalui jalan ini. Bagaikan sampah terbuang. Mungkin ada cerita disebalik cerita.

Persoalannya - siapa yang bertangong-jawab untuk mengalihkan van ini? 

Ada lagi sebuah kereta Nissan Sunny warna putih dihadapan Masjid Al-Itisam yang tersadai disana. 

Dan satu lagi dihadapan sekolah menengah TTDI Jaya. Banyak juga kereta terbuang di taman kita ini ye.