Wednesday, 11 May 2016

HAJI JABAR JUMPA YB Dr. YAAKOP SAPARI

MESYUARAT INFORMAL YANG MENJADI FORMAL dengan mengambil minit perbincangan sendiri. Haji Abdul Jabar Kasim mampu membuat segalanya. 

YB DR YAAKOP SAPARI cuba menjelaskan apa yang akan beliau akan lakukan daripada segala isu yang dibangkitkan. Kelihatan Dato Baharanuddin Che Zain sedang memperkuatkan hujah-hujah kejuruteraan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan taman kita tidak banjir.


TUAN HAJI ABDUL JABAR KASIM @ DADDY COOL merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya Shah Alam ( Baru ) sessi April 2016 / April 2018 dalam usia 70 tahun tidak reti duduk diam. 

Sepatutnya dalam umur begini duduk rumah main dengan cucu-cucu kesayangannya tetapi dia tidak berbuat begitu. 

" Saya telah diberi amanah oleh penduduk taman ini dan dilantik sebagai Pengerusi. Oleh yang demikian segala perancangan hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggong-jawab seperti yang kita laungkan. Cakap serupa bikin!" kata beliau. 


" Perjumpaan Persatuan Penduduk TTDI Jaya Baru hari ini - 10hb Mei, 2016 bersama dengan Dato Baharunuddin Che Zain  selaku AJK Persatuan membincangkan  pelbagai aspek dari segi status pemilikan dinding penahan banjir, aspek functionality dinding, ketingian dinding, reka-bentuk untuk menangani banjir, structural integrity dinding penahan banjir, tide valves, retention pond dan kemudahan siren. Segala ini telah dibangkitkan dengan serious kepada YB Dr. Yaakop Sapari untuk tindakan selanjutnya " kata Haji Abdul Jabar. 

" Selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya Baru ini - kita akan memberi fokus utama serta akan buat susulan berkala sehingga puas hati " ujar beliau. 


Tahniah kepada Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya. 


Jasamu sentiasa di kenang.