Tuesday, 23 August 2016

TERKEJUT BEROK TENGOK BEROK !







TAMAN NEGARA TAMAN KITA .

Taman kita sunggoh bertuah.  Kita dianugerahkan pelbagai kehidupan habitat natural dikelilingi oleh spesis burung air seperti burung bangau, burung puchong, serindit, biawak, ikan-ikan, tikus, kucing liar, musang pandan, ular dan juga monyet.

Hari ini di Jalan Malim U2/6, tetamu yang mengundang diri sendiri hadir bagi mengiratkan silaturahim sesama penduduk.

Tanpa segan silu, mereka naik atas bumbung menghirup udara segar taman.

Jika anda tidak mahu menjemput mereka ke dalam rumah, pastikan semua tingkap rumah anda ditutup.


BANGUNAN PENTADBIRAN SERBAGUNA BERDIRI MEGAH







BANGUNAN PENTADBIRAN SERBAGUNA bakal menampung segala aktiviti kemasyarakatan untuk anak kariah Masjid Al-I`tisam ini. 

Bangunan yang setinggi tiga tingkat ini akan dimaksimakan kegunaannya untuk masyarakat setempat.


Insya-Allah akan siap seperti yang di jadualkan.  


Gambar dirakam pada 22hb Ogos, 2016 

LANSKAP YANG INDAH





SEDIKIT DEMI SEDIKIT LANSKAP KITA SEMAKIN INDAH.

Dulu hutan yang dipenuhi lalang, semak dan pokok petai hutan mencacatkan permandangan hadapan laluan utama Masjid Al-I`tisam yang kini dalam proses cantik. 


Kerja-kerja mencantikkan lanskap perlukan sukarelawan yang mahu membantu sekurang-kurangnya dua minggu sekali. 

Ianya tidak mengambail masa yang panjang , cukup dalam kadar 120 minit sahaja kita mampu mengubah persekitaran. 

Mari kita jayakan lanskap Masjid Al-I`tisam ini. 


Gambar pada 22hb Ogos, 2016.