Friday 1 January 2016

JAWATANKUASA BARU MASJID AL-I`TISAM KOMITED JAYAKAN PEMBESARAN MASJID

Tuan Nazir tahun 2016-2018
 Ir Abdul Karim Bin Mohamed @ Ismail 



Tuan Haji Khamis bin Abdul Kadir - Timbalan Nazir


Tahniah diatas perlantikan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah bagi tempoh 1hb Januari 2016 sehingga 31hb Disember 2018. Perlantikan ini membawa satu nafas baru kearah pembangunan Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya Shah Alam ini. 

Menurut Tuan Ir Abdul Karim Bin Mohamed @ Ismail selaku Nazir Masjid Al-I`tisam berkata " Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk pembangunan masjid di taman kita ini. Antaranya  kita akan membuat pengstrukturan organisasi masjid dalam masa yang terdekat , penyelerasan imbuhan kepada pegawai-pegawai masjid seperti imam, bilal dan juga siak. "

" Perancangan pembangunan semula masjid termasuk promosi dana serta fasa-fasa pembangunan yang sedang giat dijalankan kini. Kita juga merancang program-program harian , mingguan, bulanan dan berkala yang lebih komprehensif kepada anak kariah " tambah beliau. 

Beliau juga menjelaskan akan pentingnya pematuhan dan pencapaiaan KPI didalam mentadbir masjid. 

Tambah beliau " Penyelarasan dengan masjid-masjid dan surau disekitar dalam kariah serta sasaran semua bersolat jemaah di masjid Al-I`tisam adalah perkara yang juga didalam pelan tindakan jawataankuasa baru".

Surat perlantikan secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Selangor.
 
Surat senarai nama perlantikan Pegawai Masjid & Jawatankuasa Kariah yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor - Rujukan Bil4/2015 pada 15hb Disember 2015