Tuesday, 19 June 2018

SEMUGA ALLAH MENCUCURI ROH KEATASNYA - ALLAHYARHAM NIK MUNIR IMAM SURAU AS-SAKEENAH

ALLAHYARHAM HAJI NIK MUNIR - semasa solat Eidul Fitri pada 15hb Jun yang lalu di Surau Sakeenah .

GAMBAR KENANGAN PADA PAGI HARI RAYA - ALLAHYARHAM NIK MUNIR paling kanan. 

SEORANG YANG PERAMAH & BUDI PEKERTI TINGGI - ALLAHYARHAM NIK MUNIR berjubah putih. 

KITA KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA DIDALAM TAMAN- Allahyarham Nik Munir seorang yang amat disenangi oleh anak kariah di Taman ini. 

BACAAN YASIN - malam kelmarin oleh para sahabat jiran-jiran serta ahli keluarga terdekat. 

TAKLIMAT RINGKAS OLEH HAJI ABDUL JABAR - mengenai perancangan seterusnya bagi mengurus jenazah. 

Turut Berdukacita Muram Durjana. Wajah-wajah muram menceritakan segalanya. Kehilangan yang besar untuk Surau AsSakeenah. 

MENANTI DILUAR BILIK JENAZAH - sebahagian dari kenalan yang menanti di bilik jenazah Masjid Alitisam. 


URUSAN PERKEBUMIAN OLEH HAJI ABDUL JABAR - bersama dengan Mr Jailani Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah. 







TURUT KELIHATAN YB KHALID SAMAD (Baju Biru Tiga dari kiri)  - yang turut serta dalam solat Jenazah Allahyarham Tuan Haji Nik Munir. 

Haji Abdul Jabar yang memegang mikrofon memaklumkan bahawa Nik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir anak Allahyarham menjadi Imam solat Jenazah ayahanda tercinta. 



MOHON KEMAAFAN BAGI PIHAK KELUARGANik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir mengucapkan terima kasih dan mohon kemaafan silap dan salah ayahanda beliau serta mohon halalkan makan minum semasa hayat ayahandanya yang tercinta. 


SAMA-SAMA mengusung Jenazah. Tanda kasih pada Allahyarham Nik Munir. 



BALU ALLAHYARHAM NIK MUNIR - PUAN SALMIAH - tidak mampu menahan kesedihan. 

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL - balu allahyarham tabah menghadapi kehilangan suami yang tercinta. 

SUDAH KERING AIR MATA. Sebak tidak terkata diatas kehilangan orang yang dikasihi. 

RAUT WAJAH YANG MENCERITAKAN SEGALANYA. WAJAH WAJAH SURAM DI TANAH PERKUBURAN. Tiada mampu untuk diulas dengan kata-kata. 


KEHILANGAN. Jiwa kosong atas kehilangan ini. Sukar mencari ganti. 

MASIH DALAM KEADAAN TERKEJUT - antara sahabat karib Allahyarham yang turut sama di tanah perkuburan. 

TERMENUNG MENGENANG KETIKA BERSAMA ALLAHYARHAM. 

TENANG DALAM KEDUKAAN - Tuan Jalaini - Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah berkecamuk jiwa kehilangan seorang sahabat yang amat disayanginya. 

Nik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir - anak Allahyarham cuba menenangkan diri disaat-saat kehilangan besar ini. 

Ustaz Fairuz begitu tenang membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 

BERFIKIR SEJENAK - tidak mampu menahan sebak. 
SAHABAT AKRAB TOK WAN - juga merasa kehilangan jiran yang disayangi. 

BILAL BERSEDIH. Haji Saleh turut merasakan kehilangan seorang sahabat yang hebat. 

TALIAN HAYAT kepada rakan-rakan lain yang bertanya kepada Major Hafizan - Bendahari Surau As-Sakeenah yang merupakan antara orang kuat menerajui Surau As-Sakeenah bersama Allahyarham Imam - Tuan Haji Nik Munir. 

LEKA DENGAN GAJET - anak kecil ini tidak menghiraukan keadaan sekeliling kerana leka dengan gadjet. 


MENDALAM - BACAAN TALKIN - mendengar dengan penuh penghayatan. 



MEMBAWA DIRI - Haji Yusof & Haji AR Bakar membawa diri mencari ketenangan diri realiti pemergian seorang sahabat yang dikasihi. 
KEMBALI KETANAH - semuga allah mencucuri roh keatas allahyarham . Allah lebih menyayangi beliau. 





Apabila menerima berita akan pemergian Allahyarham Tuan Haji Nik Munir ( 63 tahun ) Imam Surau Sakeenah Taman TTDI Jaya Shah Alam pada kurang lebih jam 10.45 malam - bagaikan satu tamparan yang hebat di pipi. Antara percaya atau tidak. Antara ingin membuat lawak prank yang tiada taste. 

Kita kehilangan seorang sahabat yang baik, seorang pemimpin yang disegani, seorang yang berhemah tinggi, seorang yang rajin dan seorang yang amanah dalam menjalankan tugas. 

Beliau peramah, ringan tulang dan berilmu. Berbual dengan beliu mengenai prinsip tata-kerja budaya Jepun, dengan fasih beilau akan menceritakan yang terbaik dengan rujukan yang bagaimana. 


Dia telah pergi buat selama-lamanya. Sempat dia menjadi imam solat Maghrib dan Isya pada 18hb Jun di Surau As-Sakeenah sebelum dijemput Allah swt. Sempat Allahyarham menunaikan tanggong-jawab beliau sebagai Imam sebelum pergi meninggalkan kita. 

Masih ramai dalam kesedihan. Masih ramai dalam kebingungan. Sayangnya kita pada Tuan Haji Nik Munir bagaikan saudara kandung sendiri. Mohon ampunkan kesalahannya. Maafkan dia. Halalkan segala makan minum dia. 

Kini hanya tinggal kenangan. Damailah kau disana. Semuga Allah swt mencucuri Roh keatas mu dan menempatkan syurga buat mu. Al-Fatihah. 




End of Story.