Wednesday 1 March 2017

HAJI NIK MUNIR UCAP TERIMA KASIH

Tuan Haji Raman bersama Isteri dan Pok Li menziarah Haji Nik Munir di rumah beliau pada 28hb Februari, 2017. Nik Munir begitu terharu akan ziarah persaudaraan ini. " Inilah uniknya Taman kita. Silaturahim sentiasa kukuh sesama kita " kata beliau dengan penuh terharu. 

Sambil menikmati secawan Capucino Kampong , Tuan Haji Nik Munir - Imam Surau As-Sakeenah mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada para sahabat yang melawat beliau semasa dirawat di Hospital Shah Alam baru-baru ini. 

" Berkat doa dari sahabat-sahabat sekelian telah memberi saya semangat untuk beransur pulih bagi membolehkan saya mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat " kata beliau semasa lawatan kasih sayang penduduk setempat. 

" Alhamdullilah. Saya beransur pulih serta mampu berjalan sekeliling rumah. Insya-Allah akan bersama sahabat-sahabat lain dalam masa terdekat " tambah beliau. 


Get Well Soon Haji Nik Munir. 


SURAU SAKEENAH ANJUR KELAS BAHASA ARAB







SURAU AS-SAKEENAH akan menganjurkan Kelas Bahasa Arab modul asas pada setiap hari Isnin dari jam 8 malam sehingga jam 10.00 malam. 

Kelas Bahasa Arab asas ini akan diadakan di dewan Kuliah Surau As-Sakeenah.

Kelas pertama akan bermula pada 6hb March 2017 ( Isnin ) selama lapan bulan.

Yuran pendaftaran adalah RM100.00, yuran bulanan ialah RM150.00 manakala buku rujukan pula sebanyak RM107.00 sahaja.

Kelas akan di urus oleh pengajar yang bertauliah oleh Ustaz Azrin  talian 019-2573742 dari Akademi Hud-Hud yang mempunyai 11 tahun pengalaman memahamkan masyarakat dengan ayat-ayat suci Al-Quran dengan cara yang mudah serta menyeronokan.

Kelas ini mengambil tempoh selama 60 jam serta memahami lebih 50% dari Al-Quran pada mereka yang "0" dalam bahasa arab.

Tempat adalah terhad.