Saturday, 5 March 2016

Athirah & Hafizuddin Selamat Ijab-Kabul

TEMA WARNA HIJAU : Memanglah cantik bila tema kena pada gayanya. Rombonganpengantin tiba di pintu hadapan Dewan Bunga Kertas dengan penuh adat sopan. Ikatan sampin berbagai rupa. Cara P.Ramlee pun ada. Segak & kemas. 

ANTARA DOA PENGANTIN YANG TERBAIK. Bersahaja, tidak gugup dan penuh bermakna. Tahniah . 

SENYUMAN PENGANTIN.  Saat bahagia bersama pasangan hidup Athirah dan Hafizuddin sudah bergelar suami isteri.
CUCU CUTE HAJI SALIM : Tanpa menghiraukan suasana hiruk-pikuk Dewan Bunga Kertas anak kecil ini selaamba memerhati keadaan. Tiada tangisan tiada ganguan.
TIGA ABDUL BERJUMPA : Bila ada sessi pertemuan "Tiga Abdul" ini maka segalanya berkemungkinan. Jadilah sessi maintain muda gagah perkasa teruna tua impian taman. Hansem macam gajah.

Mereka sentiasa berdoa akan tidak berjangkit kenduri pada diri mereka sendiri di majlis ini.  
BEKAS TEAM FUTSAL TAMAN YANG DIGERUNI SUATU KETIKA DAHULU : Pertemuan bekas pemain team futsal yang digeruni suatu ketika dahulu mengamit detik-detik memori indah 20 kilogram yang lalu. Ketua Pasukan Ustaz Shukran tampak gagah dan hebat. Mereka berkongsi kegembiraan bersama Tuan Zamri bapa pengantin perempuan( tiga dari kanan ) . Selamat menerima menantu Tuan Zamri. 


Nota : Mak Cik sebelah kanan, masuk interframe secara tidak sengaja. 

 Tarikh: 5hb March 2016.








I

PEMBANGUNAN SEMAKIN PESAT

JENTERA BERAT SEDIA MENGANKUT SIMEN KONKRIT. Ini dia jentera berat yang siap sedia berkhidmat pada 4hb March 2016 . 



MULA MENAMPAKAN RUPA SEBENAR. Sedikit demi sedikit namun perjalanannya maju setapak demi setaapak. 

KERJA KERJA TANAM CERUJUK AKAN DIJALANKAN. Hanya badang yang makan muntah sahaja yang mampu angkat tiang cerujuk ini. Jika tiada Badang kita sewa jentera berat. 

SANGAT SIBUK. Tidak senang dududuk pekerja ini. Tidak pernah nampak mereka berehat hisap rokok atau berbual-bual atau update Facebook. 



GIGIT PAKU. Orang melayu makan pucuk paku pakis , perkerja ini makan paku besi lagi hebat! Semua kerana zat besi. 

GAYAT ? NO FEAR. Sudah jadi kebiasaan. 



INDAH PERMANDANGAN. Kepada yang terlibat dengan pembesaran masjid ini secara langsung atau tidak langsung, secara dalaman atau luaran - gambar ini adalah satu permandangan yang sangat indah dan menyejukan hati. Kita gembira dari dalam. Terima kasih saudara semua. 


SERABUT YANG INDAH. Serabut pun tidak mengapa. Janji siap dengan cantik.


Gambar diambil pada 4hb March 2016

PENERANGAN FATWA AJARAN SESAT


USTAZ MAT JAIS BIN KAMOS - KETUA PENOLONG MUFTI BAHAGIAN FATWA JABATAN MUFTI SELANGOR.









Pada 3hb March 2016 selepas solat maghrib di masjid Ali`tisam Ustaz Fairus yang mengetuai Unit Tugas-tugas khas telah dengan jayanya mengendalikan satu kuliah khas bertajuk Penerangan Fatwa Ajaran Sesat. 

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Mat Jais bin Kamos dari Jabatan Mufti Selangor.