Saturday 5 March 2016

PEMBANGUNAN SEMAKIN PESAT

JENTERA BERAT SEDIA MENGANKUT SIMEN KONKRIT. Ini dia jentera berat yang siap sedia berkhidmat pada 4hb March 2016 . 



MULA MENAMPAKAN RUPA SEBENAR. Sedikit demi sedikit namun perjalanannya maju setapak demi setaapak. 

KERJA KERJA TANAM CERUJUK AKAN DIJALANKAN. Hanya badang yang makan muntah sahaja yang mampu angkat tiang cerujuk ini. Jika tiada Badang kita sewa jentera berat. 

SANGAT SIBUK. Tidak senang dududuk pekerja ini. Tidak pernah nampak mereka berehat hisap rokok atau berbual-bual atau update Facebook. 



GIGIT PAKU. Orang melayu makan pucuk paku pakis , perkerja ini makan paku besi lagi hebat! Semua kerana zat besi. 

GAYAT ? NO FEAR. Sudah jadi kebiasaan. 



INDAH PERMANDANGAN. Kepada yang terlibat dengan pembesaran masjid ini secara langsung atau tidak langsung, secara dalaman atau luaran - gambar ini adalah satu permandangan yang sangat indah dan menyejukan hati. Kita gembira dari dalam. Terima kasih saudara semua. 


SERABUT YANG INDAH. Serabut pun tidak mengapa. Janji siap dengan cantik.


Gambar diambil pada 4hb March 2016

No comments: