Sunday, 15 May 2016

TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID FG2/FG3 KONGSI IDEA POSITIF

IR KARIM @ NAZIR sedang memberi penerangan lanjut mengenai fasa 1 hingga fasa 4 yang sedang giat dilaksanakan secara berperingkat dalam masa lima tahun perlaksanaan - 2015-2020.



TEKUN MENDENGAR HURAIAN TERPERINCI. 


TUAN HAJI ABU BAKAR @ AR AKITEK tekun mendengar taklimat serta memberi beberapa cadangan dari segi pembinaan yang mampu memberi keselesaan kepada anak kariah bila pembesaran masjid Al-Itisam ini siap sepenuhnya.

Tuan Haji Abu Bakar seorang akitek yang ternama serta mempunyai pengalaman yang luas dalam pembinaan masjid. Idea-idea bernas, praktikal dan ikhlas mampu memberi keselesaan kepada kita semua.

Terima kasih Tuan Haji Abu Bakar. 


TUAN IR ABDUL RANI turut serta bertanya mengenai pelan tindakan seterusnya untuk memastikan kejayaan projek pembesaraan ini. 

ANTARA YANG HADIR menyatakan kesediaan untuk turut sama membantu menjayakan Projek Pembesaran ini. 

GAMBAR BERJEMAAH - FG2 & FG3 BERSAMA dengan AJK masjid melakukan lawatan tapak untuk melihat sendiri kepesatan pembangunan pembesaran masjid ini.

Turut serta Aimar Corner, Anjung Selera, Restoren Mak Uda, Kedai Pakaian Canggih, Haji Zaidi, AZ Zain, Baiduri Auto. 

PERASAAN TERUJA . Antara yang hadir dan berada didalam bangunan baru yang dalam persiapan untuk digunakan pada bulan ramadhan nanti. Rata-rata mereka semua puas hati dengan kronoloji pembangunan sejak dari bulan Oktober 2015 lagi. 


AYAHANDA TUAN HAJI SUJAK ( paling kiri ) tidak pernah jemu bersama AJK masjid untuk memberi sokongan dana serta moral dengan penuh keikhlasan untuk sama-sama mahu menjadikan pembesaran ini sebagai satu realiti.

Ayahanda Haji Sujak berumur 75 tahun dan apabila siap pembesaran masjid ini sepenuhnya usia ayahanda mencecah 80 tahun. Insyallah kata ayahanda dengan penuh keyakinan. 

TUAN HAJI SIDIQUE (paling kiri) secara sukarela turut mahu membantu akan pencarian Dana Propek Pembesaran Masjid ini. Beliau mempunyai pengalaman dalam usaha ini untuk pembesaran masjid di Klang beberapa tahun yang lalu. 

HAMPIR SATU JAM lawatan tapak mencetus rasa kerjasama yang erat dalam FG2 dan FG3 untuk memastikan projek pembesaran ini berterusan. 

MAKAN TENGAHARI BERJEMAAH sambil bertukar-tukar fikiran perlaksanaan langkah seterusnya bagi menjayakan kutipan dana pembesaran masjid. 


Nota: Gambar sekitar 14hb Mei 2016.