Sunday, 17 January 2016

Ratusan Pokok Mangga di Taman Kita

Tahukah anda pada setiap 4 buah rumah teres di taman kita akan terdapat sepohon pokok mangga? 

Contoh di Jalan Nujum U2/7 terdapat hampir 14 batang pokok mangga yang pelbagai jenis. Ada yang berbuah, ada yang tidak dan ada yang macam pokok kayu balak. 

Pokok mangga atau mempelam atau pauh nama saintifik Mangifera indica Linn dari keluarga Anacardiaceae.  Jika mengikut angaran kasar, di taman kita ini mempunyai lebih dari 300 pokok mangga pelbagai spesis yang di tanam dihadapan rumah atau kawasan lapang. Tidak percaya akan angka ini - sila buat pengiraan di dua batang jalanraya di hadapan rumah anda di TTDI Jaya dan seterusnya jalan raya sebelah. 

Persoalanya kenapa pokok mangga? Mengapa tidak pokok rambutan, manggis, mata-kuching, longan, durian, manggis, kelapa dan sebagainya. 

Jawapannya - pokok ini senang dijaga " tanam dan tinggal ". Tanggapan ini adalah salah, tidak tepat & tidak benar. 

Pokok Mangga perlu dipangkas setiap empat  bulan serta semburan kulat pada daunnya. 

Spesis yang terdapat di taman kita ada pelbagai seperti Chokanan, Harumanis, Nam Dok Mai, Siku Raja, Mas Hitam, lemak dan Falan.

Antara spesis yang terdapat di negara kita

Harumanis  ( MA128 ) 
Mangga Haji Dollah ( MA131 ) 
Mangga Golek atau Mangga Foo Fatt ( MA162 ) 
Mangga Malele ( MA204 ) 
Mangga Chok Anan ( MA224 ) 
Mangga Nam Dok Mai (MA223) 
Mas Muda ( MA204 ) 





SPESIS MANGGA AFRIKA  : Spesis African Manggo tiada terdapat ditaman ini - tetapi spesis seakan sama tetapi tidak. Rasanya lemak manis. Pokoknya perlu dipangkas selalu untuk penghasilan buah yang banyak. 
AFRICAN MANGGO : Scientific Name(s): Irvingia gabonensis (Aubry-Lecomte ex Ororke) Baillon. Family: Irvingiaceae. Older references may list family Simarubaceae.
Common Name(s): African mango , African wild mango , irvingia , dika ( dikanut , dikabread tree ), odika , ogbono , sweet bush mango , bush mango , iba-tree

MANGGA EPAL @ MEMPELAM HAJI DOLLAH : Pokok spesis ini mampu berbuah lebat. Pokok ini kurang penyakit dan perlu di pangkas setiap tiga - empat bulan sekali. Jangan risau - ia kan mampu tumbuh rendeng semula.  
MEMPELAM MUDA DI TAMAN: Jika ada yang teringin nak makan mempelam ini - sila bertanya pada tuan punya depan rumah. Jangan petik & lari. Takut kembung perut. Kalau minta dengan baik, dia akan bagi. 

PEROSAK POKOK MANGGA 
Antara membuatkan pokok mangga kita rosak atau tidak berbuah ialah disebabkan penyakit dan seraanggga perosak.  Antara serangga perosak pokok mangga ialah , Kumbang belangkas (Hypormeces squamosus) yang memakan pucuk, daun muda dan tangkai buah yang belum matang. 

Kumbang pengerat pucuk (Deporaus marginatus)yang menyerang tanaman pada peringkat berpucuk.

Kumbang curculion (Alcidodes spp) yang merosakan pucuk muda. Terdapat tanda hitam memanjang di bahagian tangkai pucuk. Pucuk akan bantut dan mati.

Kumbang pengorek buah (Cryptorrjynchus mangiferae) mampu mengorek lubang di peringkat putik lagi. Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar.

Ulat pengorek pucuk (Chlumetia transversa) mempunyai arva mengorek bahagian pucuk dan terus memakan bahagian tengah tangkai pucuk. Pucuk menjadi kecut dan mati.

Ulat pengorek batang (Rhytidodera simulans)
Menyerang pokok matang. Ulat yang menetas di dalam ranting mengorek masuk ke dalam pucuk dan terus menuju ke dalam batang. Ranting atau dahan yang diserang mempunyai lubang-lubang dan daun layu atau mati. Cantas dan musnah ranting yang diserang. 

Lelompat daun (Idioscopus nitidulus)
Dewasa dan nimfa menghisap sap dari daun muda, menjadikan daun kecil. Kawalan dengan imidachloprid, carbaryl atau cypermethrin.

Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
Menyerang buah yang hampir masak menjadikannya busuk dan berair. Bungkus buah di peringkat sebesar telur ayam. Guna umpan protein dicampur dengan racun serangga. Sembur dengan acephate, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau fenthion.



Dari maklumat diatas - pokok mangga bukannlah pokok yang " Tanam & Tinggal ". 

Ianya perlu penngawasan yang teliti untuk penghasilan buah yang baik. 




 ()()()()
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.