Sunday 26 March 2017

TASKFORCE MAYANG SAKEENAH SENTIASA PROAKTIF




TASKFORCE MAYANG SAKEENAH YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA JAILANI OF LONDON SERTA DIBAYANGI OLEH SAUDARA GORBACAN tidak pernah kering idea untuk mencantikan kawasan Mayang Sakeenah.

Pada 24hb March yang lalu, Ketua Taskforce Saudara Jailaini bersama dengan jawatankuasa mereka mengambil kata sepakat untuk membuat "polard " akan cantas pokok besar di hadapan pintu masuk utama Mayang Sakeenah.

Dengan sifat yang peramah, peka akan kehendak penduduk setempat serta pro-aktif, Taskforce ini telah berjaya mencantikan kawasan pintu masuk pengawal. Pondok keselaamatan juga diwarnai oleh warna ceria bahagia. 


Sampah-sampah serta pokok-pokok yang ditanam oleh warga asing telah di hiasi dengan tanaman poko yang ceria senyuman.

Taskforce ini juga telah menyusun atur strategi yang effektif dan telah melangsaikan hutang lapuk kawalan perkhidmatan yang lalu.

Sifat kepimpinan sebegini amat disenangi penduduk malah menyokong penuh segalaa aktiviti bagi menambah baik suasana harmoni Mayang Sakeenah.

Tahniah Saudara Jailani.

DATARAN AL-ITISAM MULA MEMBENTUK










DISEBALIK RIUH RENDAH PAPAN DINDING MASJID AL-ITISAM - kerja-kerja menyiapkan DATARAN AL-ITISAM sedang pesat dijalankan .

Kerja-kerja simen dikawasan ini dijalankan dengan begitu teliti sebagai ruang solat tambahan bagi keselesaan anak kariah apabila kerja-kerha FASA 1B akan dimulakan.

Jangkaan FASA 1B ini akan dimulakan selepas bulan ramadhan bagi memastikan anak kariah tempatan dapat melaksanakan solat Tarawikh dalam keadaan selesa dan aman.

Dalam masa yang sama Masjid Alitisam masih kekurangan dana untuk menyiapkan projek pembesaran ini.

Sokongan anda secara material, wang ringgit, penyebaran maklumat, tenaga serta doa yang ikhlas dapat membantu sedikit sebanyak bagi menjayakan projek pembesaran ini.

Hulurkan bantuan anda terus kepada
' DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM "
MAYBANK : 5624-7813-0016
Talifon : 03-7832-7876 Waktu Pejabat

Sumbangan akan walaupun sedikit akan membantu pihak Urusetia Masjid Al-Itisam.