Tuesday 3 July 2018

TAPAK TAHFIZ LAMA SUDAH CLEAR



PANDANGAN RUPA MASJID KITA - dengan jelas bila tiada bangunan Tahfiz. 



PENINGALAN PURBA - ARTIFAK-ARTIFAK PURBA YANG DIJUMPAI 

ADA NILAI SCRAP - ada sedikit nilai dana untuk besi buruk ini. 

TAYAR BURUK & GYM ROSAK - Alat gym yang rosak boleh menyebabkan bahagian perut menjadi seperti tayar. 

BATU BATU SUDAH CLEAR - kerja kerja seterusnya akan berjalan lancar. 

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA SABTU YANG LALU

KAMBING GOLEK SAMBUTAN HARI RAYA - Jemputan Tuan Hazamudin dari Syabas. 

SEGALA BENTUK JUADAH YANG DISAJIKAN - maka seruan untuk berdiet selepas Ramadan gagal. 

HAJI ZAINI & MR NIZAM - begitu teliti dan tekun mengambil Kuah Laksa Penang yang baunya menikam kalbu. 

MEJOR HAFIZAN BERSAMA HAJI BURN - sedang memperkuatkan hujah-hujah sembang sedunia - Mengapa Pasukan Croatia mampu ke Final Piala Dunia danMampukah pasukan Brazil menjuarai Piala Dunia? 

JARI TUNJUK DUA - semuanya sudah terlambat. Hanya tinggal impian sahaja. 





HAJI HAZAMUDIN & ISTERI  - Terima kasih atas jemputan. Selamat Hari Raya - Maaf Zahir & Batin.