Wednesday 1 March 2017

HAJI NIK MUNIR UCAP TERIMA KASIH

Tuan Haji Raman bersama Isteri dan Pok Li menziarah Haji Nik Munir di rumah beliau pada 28hb Februari, 2017. Nik Munir begitu terharu akan ziarah persaudaraan ini. " Inilah uniknya Taman kita. Silaturahim sentiasa kukuh sesama kita " kata beliau dengan penuh terharu. 

Sambil menikmati secawan Capucino Kampong , Tuan Haji Nik Munir - Imam Surau As-Sakeenah mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada para sahabat yang melawat beliau semasa dirawat di Hospital Shah Alam baru-baru ini. 

" Berkat doa dari sahabat-sahabat sekelian telah memberi saya semangat untuk beransur pulih bagi membolehkan saya mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat " kata beliau semasa lawatan kasih sayang penduduk setempat. 

" Alhamdullilah. Saya beransur pulih serta mampu berjalan sekeliling rumah. Insya-Allah akan bersama sahabat-sahabat lain dalam masa terdekat " tambah beliau. 


Get Well Soon Haji Nik Munir. 


No comments: