ALLAHYARHAM HAJI NIK MUNIR - semasa solat Eidul Fitri pada 15hb Jun yang lalu di Surau Sakeenah . |
GAMBAR KENANGAN PADA PAGI HARI RAYA - ALLAHYARHAM NIK MUNIR paling kanan. |
SEORANG YANG PERAMAH & BUDI PEKERTI TINGGI - ALLAHYARHAM NIK MUNIR berjubah putih. |
KITA KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA DIDALAM TAMAN- Allahyarham Nik Munir seorang yang amat disenangi oleh anak kariah di Taman ini. |
BACAAN YASIN - malam kelmarin oleh para sahabat jiran-jiran serta ahli keluarga terdekat. |
TAKLIMAT RINGKAS OLEH HAJI ABDUL JABAR - mengenai perancangan seterusnya bagi mengurus jenazah. |
Turut Berdukacita Muram Durjana. Wajah-wajah muram menceritakan segalanya. Kehilangan yang besar untuk Surau AsSakeenah.
|
MENANTI DILUAR BILIK JENAZAH - sebahagian dari kenalan yang menanti di bilik jenazah Masjid Alitisam. |
URUSAN PERKEBUMIAN OLEH HAJI ABDUL JABAR - bersama dengan Mr Jailani Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah. |
TURUT KELIHATAN YB KHALID SAMAD (Baju Biru Tiga dari kiri) - yang turut serta dalam solat Jenazah Allahyarham Tuan Haji Nik Munir. |
Haji Abdul Jabar yang memegang mikrofon memaklumkan bahawa Nik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir anak Allahyarham menjadi Imam solat Jenazah ayahanda tercinta. |
SAMA-SAMA mengusung Jenazah. Tanda kasih pada Allahyarham Nik Munir. |
BALU ALLAHYARHAM NIK MUNIR - PUAN SALMIAH - tidak mampu menahan kesedihan.
|
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL - balu allahyarham tabah menghadapi kehilangan suami yang tercinta. |
SUDAH KERING AIR MATA. Sebak tidak terkata diatas kehilangan orang yang dikasihi. |
RAUT WAJAH YANG MENCERITAKAN SEGALANYA. WAJAH WAJAH SURAM DI TANAH PERKUBURAN. Tiada mampu untuk diulas dengan kata-kata. |
KEHILANGAN. Jiwa kosong atas kehilangan ini. Sukar mencari ganti. |
MASIH DALAM KEADAAN TERKEJUT - antara sahabat karib Allahyarham yang turut sama di tanah perkuburan. |
TERMENUNG MENGENANG KETIKA BERSAMA ALLAHYARHAM.
|
TENANG DALAM KEDUKAAN - Tuan Jalaini - Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah berkecamuk jiwa kehilangan seorang sahabat yang amat disayanginya. |
Nik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir - anak Allahyarham cuba menenangkan diri disaat-saat kehilangan besar ini.
|
Ustaz Fairuz begitu tenang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
|
BERFIKIR SEJENAK - tidak mampu menahan sebak. |
SAHABAT AKRAB TOK WAN - juga merasa kehilangan jiran yang disayangi. |
BILAL BERSEDIH. Haji Saleh turut merasakan kehilangan seorang sahabat yang hebat. |
LEKA DENGAN GAJET - anak kecil ini tidak menghiraukan keadaan sekeliling kerana leka dengan gadjet. |
MENDALAM - BACAAN TALKIN - mendengar dengan penuh penghayatan.
|
MEMBAWA DIRI - Haji Yusof & Haji AR Bakar membawa diri mencari ketenangan diri realiti pemergian seorang sahabat yang dikasihi. |
KEMBALI KETANAH - semuga allah mencucuri roh keatas allahyarham . Allah lebih menyayangi beliau. |
No comments:
Post a Comment