SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SURAU AS-SAKEENAH SEDERHANA NAMUN TETAP MERIAH DAN PENUH PENGHAYATAN.
Wajah-wajah ceria pengunjung yang hadir untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Surau As-Sakeenah memeriahkan lagi acara pada tahun ini.
Turut memerihkan lagi ialah pelajar Tahfiz dari Tahfiz Ustaz Fairuz yang turut sama memeriahkan majlis bacaan Tahlil sebelum solat Isya.
Pilihan makanan yang enak, susun atur meja dan garisan buffe yang teratur dan kawalan lalu-lintas yang baik memudahkan semua pengunjung.
Nasi briani yang panas dan berwap yakni berasap menambahkan selera setiap pengunjung. Bila makan , sudah tidak mengira kandungan gula, kanji serta yang lain lain- hanya baca Bismillah sahaja. Maklumlah setahun sekali - dua tahun dua kali lah.
Gambar gambar yang dirakam menceritakan suasana meriah sambutan Hari Raya Aidil Fitri Surau Sakeenah. Tahniah kepada Jawatankuasa yang bertugas. |
No comments:
Post a Comment